Amalan Kuruskan Badan

Anda ingin kurus?Tak tahu bagaimana caranya?Mudah sahaja.Apa yang perlu anda tahu ialah kenalpasti amalan yang perlu anda amalkan dalam kehidupan seharian.Kalau dah taahu,maka senang lah kerja anda.Seperti yang kia ketahui,semua orang ingin mempunyai bentuk badan yang ideal dan kurus.Jadi,sekiranya anda mengalami masalah berat badan dan berhasrat untuk menjadi kurus, tetapi tidak tahu caranya.Usah risau.Di sini ada jalan penyelesaiannya.Terdapat beberapa amalan kuruskan badan yang boleh dilakukan oleh anda.

Air Kosong Bantu Kuruskan Badan

Pertama sekali,antara amalan kuruskan badan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian anda ialah jadikan air kosong sebagai minuman utama.Semasa sarapan, teruskan meminum jus oren atau minuman kegemaran anda,tetapi selepas itu,pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus / manis / berkarbonat / tin. Kajian menndapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari merupakan daripada air jus/manis/karbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan.
Amalan kuruskan badan yang seterusnya ialah makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari. Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat waktu pagi.Maka, anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari . Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.Amalan lain ialah berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari.Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window shopping di pusat membeli belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah payah dan tanpa anda sedari.

Buang Pakaian Besar Anda Supaya Anda Takut Untuk Gemuk

Di samping itu,amalan kuruskan badan yang seterusnya ialah buang pakaian besar anda.Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati, pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah kelihatan besar di badan anda.Lebih elok jangan buang tetapi sedekahkan jika masih elok.Secara psikologinya, idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang.

Konklusinya,terdapat pelbagai amalan kuruskan badan yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian.Apa yang penting ialah anda perlu melakukannya secara konsisten dan tidak putus asa.Semoga artikel ini membantu menaikkan lagi semangat anda untuk terus kurus dan juga supaya anda memperoleh input yang boleh anda gunakan pada masa akan datang.Semoga anda semua berjaya memperoleh bentuk badan yang anda idamkan.