Atasi Masalah Resdung

Resdung merupakan kerengsaan hidung yang menyebabkan hidung dan organ tubuh lain menjadi gatal dan tidak selesa. Penyakit resdung sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dalam kalangan kita yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk lagi dibiarkan  penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya. Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gatal-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan sakit kepala. Resdung merupakan radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung. Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan pembiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas. Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang berakhir dalam beberapa hari dan kadang-kadang ianya bermula dengan jangkitan virus yang menyebabkan selsema dan akhirnya mencetuskan kesesakan dalam sinus yang membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Atasi masalah resdung ini dengan Set Resdung Shaklee. Set Resdung Shaklee ini terbahagi kepada tiga produk iaitu Alfalfa Complex, B Complex dan Vitamin C. Alfalfa Complex ini berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinusitis) dengan ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil yang dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi, gegata dan resdung. Namun begitu, bagi mereka yang menghidapi penyakit SLE tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa sebagai suplemen. Bagi B Complex pula, kandungan B6 dalam B complex berperanan penting dalam memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu dalam penghasilan antibodi tubuh badan. Selain itu, ianya juga bertindak sebagai anti-stress dimana apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi pengimbang hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka serta membantu dalam membina protein dalam tubuh. Untuk Vitamin C pula, ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan tubuh bagi seseorang menghadapi serangan penyakit dan memastikan proses pemuliharaan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

atasi masalah resdung

 

Seterusnya, atasi masalah resdung dengan Minyak Kelapa Dara Treenea. VCOA yang diperolehi dari Treenea ini mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi jika dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. VCOA Treenea dihasilkan dari proses tanpa menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100 peratus pati minyak kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol. VCOA Treenea sangat kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Minyak Kelapa Dara Treenea

Akhir kata, diharapkan agar artikel tentang atasi masalah resdung ini memberi manfaat kepada pembaca.

 

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI