Bagaimana Mencegah Stroke

Penyakit stroke merupakan salah satu penyakit kronik yang dihidapi oleh sesetengah masyarakat kita. Lazimnya, pesakit yang menghidap penyakit stroke ini akan mengalami kelumpuhan separuh tubuh badan mereka. Penyakit stroke ini adalah disebabkan oleh masalah pengaliran darah ke otak. Kegagalan darah mengalir ke otak telah menyebabkan oksigen sukar disalurkan ke otak dengan mencukupi dan hal ini menyebabkan otak tidak dapat mengawa pergerakan tubuh badan dengan baik dan berlaku kelumpuhan.
Penyakit stroke boleh terjadi dengan dua cara. Pertama, stroke akan terjadi jika saluran darah tersumbat dan menghalang darah daripada mengalir ke otak. Lazimnya, pembentukan plak akan menyebabkan salur darah tersumbat. Plak pula terdiri daripada lipid dan kolestrol yang tidak larut bendalir maka terjadilah penyumbatan salur darah.

megurangkan pengambilan garam mengelakkan stroke
Kedua penyakit stroke terjadi jika terdapat luka atau pendarahan pada salur darah manusia. Hal ini menyebabkan darah yang mengalir ke otak tidak mampu membawa kandungan oksigen yag mencukupi untuk mengawal sistem tubuh badan manusia.
Oleh hal yang demikian, artikel kali ini akan membincangkan tentang bagaimana mencegah stroke. Penyakit stroke dapat dielakkan dengan cara berhenti merokok. Hal ini demikian kerana, merokok boleh menyebabkan atherosclerosis atau juga difahai dengan erti kata pengerasan pembuluh darah. Sekiranya hal ini terjadi, maka penggumpalan darah akan mudah terbentuk.
Seterusnya, penyakit stroke juga dapat dicegah dengan cara sentiasa mengawasi tekanan darah. Hal ini kerana, di samping merokok, tekanan darah tinggi juga berpotensi untuk menyebabkan pembuluh darah mengeras dan menyumbang kepada penggumpalan darah di dalam arteri atau vena yang boleh menyebabkan penyakit stroke. Dalam masa yang sama juga, seseorang juga perlu menguruskan penyakit jantung mereka, (sekiranya ada). Hal ini kerana, kebanyakan pesakit yang menerima penyakit stroke adalah terdiri daripada pesakit jantung.

pemakanan seimbang elakkan stroke
Bagaimana mencegah stroke? Penyakit stroke juga dapat dielakkan dengan cara mengatasi masalah stress. Seseorang individu hendaklah bijak menguruskan stress dan tidak membiarkan diri berada dalam keadaan tertekan. Hal ini sangat bahaya kerana stress juga boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dan menyumbang kepada penyakit stroke.
Seterusnya, penyakit stroke juga dapat dicegah dengan cara mengamalkan pemakanan yang sihat. Seseorang individu hendaklah mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan daging merah. Kerana kandungan lemak di dalam daging merah boleh menyebabkan pembuluh darah mengeras dan hal ini menyumbang kepada pembentukan gumpalan darah. Seseorang individu juga dinasihatkan agar banyak mengambil sayur-sayur dan buah-buahan.
Selain itu, seseorang juga dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan garam. Hal ini kerana, pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.
Bagaimana mencegah stroke? Seterusnya, seseorang individu juga dinasihatkan agar mengelakkan obesiti dan kerap bersenam. Dalam masa yang sama, pengambilan air bersoda dan minuman beralkohol juga sangat tidak digalakkan kerana hal ini sangat mudah menyumbang kepada penyakit stroke.
Demikian serba sedikit perkongsian tentang bagaimana mencegah stroke. Semoga dengan perkongsian ini dapat dijadikan amalan bagi mencapai kehidupan yang sejahtera.