Bahaya Penyakit Resdung

Sinusitis bukanlah masalah yang membawa maut secara langsung tetapi ia memberi kesan kepada kehidupan seharian pesakit serta menurunkan tahap keyakinan diri mereka. Bayangkan bagaimana anda mahu menjadi produktif dan bersemangat jika sering bersin tidak henti serta berasa pening yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan anda. Pakar Runding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mallina Sivarajasingam berkata, ramai pesakit yang merujuk kepada pakar selepas melalui saat-saat menyusahkan itu untuk tempoh lama. Selsema biasa akan reda dalam tempoh tiga hari hingga seminggu dan jika berterusan berkemungkinan pesakit mempunyai masalah resdung (sinusitis). Terdapat sesetengah kes pesakit tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan perubahan altitud seperti menaiki kapal terbang dan menyelam skuba disebabkan sakit kepala vakum (vacuum headache) akibat daripada sinusitis sehinggakan ada yang sampai ke tahap jangkitan pada sinus menyebabkan adanya ketumbuhan di dalam hidung dimana ia menyukarkan pesakit untuk bernafas. Lebih teruk jika kuman sinusitis merebak ke otak kerana lapisan tulang kepala tidak tebal. Sinusitis boleh dirawat sama ada melalui pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik bagi mematikan kuman.

Terdapat bahagian dimana bahaya penyakit resdung seperti jangkitan telinga dan tonsil. Sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis apabila ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil dan akan mengakibatkan rasa yang tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak. Biasanya sakit tekak lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya. Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutamanya di kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu.

jangkitan tonsil kesan bahaya resdung

Seterusnya, risiko bahaya penyakit resdung adalah alahan hidung. Alahan memberi maksud perubahan aktiviti atau lebih dikenali dengan tindak balas hipersensitif yang berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas kepada bahan asing yang masuk melalui kulit, paru-paru, atau tertelan sesuatu. Reaksi alahan boleh jadi ringan ataupun serius dalam sekelip mata sahaja beberapa minit setelah terdedah kepada allergen. Alahan pada hidung juga dikenali sebagai allergic rhinitis dan sebab-sebab alahan tersebut adalah bahan-bahan yang terdapat dalam udara seperti debunga, habuk, kulapuk, makanan tertentu seperti udang, ketam dan sotong, hama dan bulu haiwan. Bahan alergi menggalakkan sel darah putih merembeskan histamin ke dalam aliran darah dan ini menyebabkan cecair dalam darah keluar ke dalam tisu di rongga hidung dan menyebabkannya tersumbat.

alahan hidung kesan bahaya resdung

Diharapkan bahawa pembaca sedar tentang bahaya penyakit resdung yang mampu menjejaskan kehidupan anda dan diharapkan agar ambil tindakan sebelum terlambat.

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI