Cara Mencegah Darah Tinggi

Apa itu darah tinggi? Sudah tentu bagi rakyat Malaysia penyakit ini tidak asing lagi didengari oleh semua lapisan masyarakat. Darah tinggi merupakan penyakit yang dihidapi hampir 40% penduduk di Malaysia. Oleh yang demikian, semua lapisan masyarakat haruslah memahami cara mencegah darah tinggi. Jangan risau sekiranya anda merupakan salah seorang daripada penghidap penyakit ini. Hal ini kerana penyakit ini masih boleh dikawal dengan baik sekiranya anda tahu cara yang betul dan melaksanakannya secara berterusan. Jadi,di sini saya ingin kongsikan sedikit cara mencegah darah tinggi kerana pepatah ada menyebut mencegah lebih baik dari merawat.

Cara Mencegah Darah Tinggi Dengan Berhenti Merokok

Cara mencegah darah tinggi yang pertama ialah kurangkan berat badan. Seperti yang kita ketahui, majoriti penghidap penyakit ini merupakan golongan berat badan berlebihan atau dikenali sebagai obesiti. Tambahan pula, masalah berat badan juga boleh memberi impak yang sedikit kepada ubat yang diberi oleh doktor. Seterusnya, senaman juga perlulah kerap diamalkan. Senaman ini perlu dilakukan sekurang kurangnya 3 kali seminggu bagi memastikan badan kita sentiasa sihat sekaligus mencergaskan otak kita kerana ‘badan sihat,otak cergas’. Senaman ini juga dapat membantu mengurangkan berat badan. Bukan itu sahaja,pengambilan garam juga perlu dikurangkan. Seperti yang kita ketahui penyakit darah tinggi dengan pengambilan garam sangat berkait rapat. Hal ini kerana garam merupakan salah satu faktor penyakit darah tinggi kerana ia merupakan satu medium yang menyerap air dalam badan dan sekligus meningkatkan tekanan darah.

Pengurusan Stress Untuk Mencegah Darah Tinggi

Selain itu, antara cara mencegah darah tinggi ialah jangan merokok. Rokok merupakan salah satu bahan yang mengandungi sumber nikotin di dalamnya. Kandungan nikotin ini amat merbahaya dan mampu menaikkan tekanan darah dalam masa yang singkat. Di samping itu, darah tinggi dapat dicegah dengan cara mengurangkan stress. Stress dengan manusia umpama isi dengan kuku yang bermakna setiap manusia tidak penah lari dari menghadapi stress dalam kehidupan seharian. Namun, stress yang kita alami perlu dikawal dengan sebaiknya. Stress yang kronik atau yang tidak dapat dikawal dengan baik juga akan menyebabkan tekanan darah meningkat.

Bukan itu sahaja,antara cara mencegah darah tinggi ialah dengan mengamalkan diet yang berkesan. Sudah pasti diet yang baik akan mendatangkan kesan yang baik kepada kesihatan badan. Diet yang baik boleh diumpamakan sambil menyelam minum air kerana ia bukan sekadar mampu menyihatkan badan malah membantu mengurangkan masalah berat badan. Antara cara untuk mendapatkan diet yang berkesan adalah dengan melayari laman sesawang tentang pengambilan diet yang berkesan atau pun mendapatkan nasihat daripada pakar.

Akhir kalam, di harap artikel ini dapat sedikit sebanyak memberi maklumat dan menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara mencegah darah tinggi.