Cara Mengatasi Darah Tinggi

Tahukah anda, penyakit darah tinggi boleh membawa maut.Tekanan darah tinggi merupakan satu penyakit yang tidak mempunyai gejala mahupun tanda-tanda bagi pengidapnya.Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.Angka pertama atau dikenali sebagai angka atas ialah bacaan untuk tekanan darah sistolik iaitu ketika jantung mengepam darah dan angka kedua ialah bacaan untuk tekanan darah diastolik iaitu ketika jantung berehat juga dikenali sebagai angka bawah.Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Berlaku? Tekanan darah tinggi berlaku apabila saluran darah anda menjadi sempit dan apabila kandungan darah meningkat,tekanan darah akan meningkat.Sekiranya anda tidak mahu mengidap penyakit ini,pelbagai langkah boleh diambil bagi memastikan tubuh badan anda berada dalam keadaan sihat sentiasa.

Kawal Pengambilan Nasi Untuk Mengatasi Darah Tinggi

Antara cara mengatasi darah tinggi yang boleh dipraktikkan ialah membuat perubahan kecil sepeti mengawal pengambilan nasi.Hal ini kerana kandungan karbohidrat yang terdapat dalam nasi boleh menyumbang kepada obesiti dan diabetes sekaligus membuka peluang untuk anda mengidap penyakit darah tinggi.Seterusnya,darah tinggi juga dapat dicegah dengan mendapatkan tidur secukupnya.Sekiranya anda mengalami masalah berdengkur,ini berkemungkinan anda mengalami apnea tidur dan penyakit itu berkaitan dengan tekanan darah tinggi.Pastikan anda tidak membawa kerja pejabat pulang ke rumah atau di tempat tidur untuk disiapkan.Telefon bimbit,televisyen,tablet dan juga sebarang peranti perlulah dimatikan kerana ia akan membuatkan kualiti tidur yang rendah.

Elakkan Stress Bagi Mengawal Tekanan Darah

Di samping itu,antara cara mengatasi darah tinggi ialah dengan mengurangkan stress.Anada perlu mengawal stress dengan baik supaya tekanan darah anda terkawal.Stress yang kronik boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.Cuba tenangkan diri anda sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari bagi memastikan tekanan darah anda terkawal.Elakkan berfikir tentang masalah-masalah yang kecil supaya stress anda dapat dikurangkan.Selain itu,pengambilan garam dalam pemakanan juga perlu dikurangkan kerana ia memudaratkan kesihatan.Garam bertindak untuk menyerap air dalam darah dan membuatkan tekanan darah meningkat.Ambil garam sebanyak enam gram sehari sudah cukup dan elakkan daripada mengambil perasa tiruan dalam pemakanan.Anda juga boleh mengamalkan memasak di rumah kerana anda boleh mengawal kandungan garam dalam masakan dan juga mengelakkan perasa tiruan dalam masakan anda.

Bukan itu sahaja,tidak merokok juga merupakan salah satu cara mengatasi darah tinggi.Jika anda seorang perokok tegar,berusahalah untuk berhenti merokok.Katakan tidak pada rokok!!.Sebatang rokok boleh meningkatkan sebanyak 5-10mm hg dalam masa 30 minit.Justeru,berfikirlah sebelum anda memulakan sedutan.Ingatlah bahawa setiap sedutan membawa padah.

Konklusinya,terdapat pelbagai cara mengatasi darah tinggi daripada dihidapi oleh tubuh badan.Kesihatan badan amat penting bagi setiap golongan masyarakat malahan haiwan juga tidak mahu mempunyai penyakit.Oleh itu,diharapkan semoga para pembaca mendapat manfaat daripada apa yang tercatat di dalam artikel kali ini dan juga dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.Renung-renungkanlah dan selamat beramal!!.