Cara Menurunkan Darah Tinggi

Alamak!! Tekanan Darah Tinggi Naik Lagi!! Rilekss. Jangan risau. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Tekanan darah tinggi disebabkan jantung berdegup kencang mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Penyakit darah tinggi ini mampu memberi kesan yang negatif kepada seseorang individu seperti penyakit strok dan sakit buah pinggang. Penyakit seperti ini juga mampu menyebabkan seseorang itu meninggal dunia. Namun, bagi penghidap penyakit darah tinggi ini,anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa cara untuk mengawal dan mengurangkan tekanan darah tinggi ini. Justeru, pada artikel kali ini akan dikongsikan beberapa cara menurunkan darah tinggi.

Pengambilan Supplement Bagi Mengurangkan Tekanan Darah

Antara cara menurunkan darah tinggi ialah dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau dikenali sebagai supplement. Pengambilan supplement seperti vitamin C, omega 3 dan garlic amat membantu dalam mengawal tekanan darah. Terdapat pelbagai manfaat yang boleh didapati dan boleh ditemui di laman sesawang internet dan juga mana mana bahan bacaan ilmiah yang boleh didapati dari pelbagai tempat seperti perpustakaan. Seterusnya, tekanan darah tinggi dapat dikawal dengan cara mengelakkan ambilan kaffein berlebihan. Kafein bukan sahaja menyerap zat dan nutrien berkhasiat di dalam badan tetapi juga meningkatkan tekanan darah. Penggunaan kafein boleh digunakan untuk menghilangkan rasa mengantuk namun sekiranya kafein ini kerap diambil, ia akan memberi kesan kepada tekanan darah.

Pemeriksaan Berkala Bagi Mengurangkan Tekanan Darah

 

Di samping itu, antara cara menurunkan darah tinggi ialah dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala. Hal ini bagi memastikan pesakit sentiasa waspada dengan kesihatan mereka. Alat tersebut boleh dibeli dan digunakan di rumah. Namun, pemeriksaan dengan doktor adalah lebih baik kerana doktor boleh memberi nasihat dan pandangan sekiranya ada perkara yang perlu diambil perhatian oleh pesakit. Bukan itu sahaja, pengambilan alkohol juga perlu dikurangkan. Sebagai muslim, haram hukumnya untuk mengambil alkohol kerana alkohol mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan, namun, bagi pesakit yang bukan muslim seharusnya mengurangkan pengambilan alkohol. Hal ini kerana pengambilan alkohol akan meningkatkan lagi tekanan darah serta boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Lebih baik sekiranya pengambilan alkohol dihentikan.

Akhir sekali,antara cara menurunkan tekanan darah tinggi naik 200 ialah dengan mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan. Semangat untuk terus sihat sangat perlu supaya semua langkah langkah yang diambil dapat diamalkan dengan konsisten. Semangat seperti ini boleh diraih melalui sokongan ahli keluarga yang sentiasa memberi nasihat dan peringatan apabila melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan kenaikan tekanan darah.

Sebagai penutup, diharapkan para pembaca yang menghidap penyakit darah tinggi ini dapat mengamalkan cara-cara yang dinyatakan dalam artikel ini iaitu bekaitan dengan cara menurunkan darah tinggi. Apa yang penting adalah kehendak diri sendiri untuk mengubah nasib sendiri kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.