Cara Merawat Masalah Resdung secara tradisional – Resdung adalah masalah yang biasa dihidapi bukan sahaja penduduk Malaysia, malahan segenap penduduk dunia termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat. Kajian menyatakan bahawa, masalah resdung kini dihidapi 60% – 65% dari jumlah penduduk negara kita. Namun, dari jumlah tersebut, 90% daripadanya hanya membiarkan sahaja masalah resdung membelenggu mereka tanpa sebarang rawatan. Sedar atau tidak, masalah resdung sebenarnya boleh mengundang risiko yang lebih parah jika tidak diamalkan cara merawat masalah resdung dengan segera.

Jika anda mengalami masalah bersin yang kerap, gatal-gatal hidung, muka dan mata, hidung sering tersumbat & berbau, kurang deria bau, rasa berlendir di tekak & hidung, anda kemungkinan besar penghidap resdung. Kebiasaannya, masalah ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah faktor persekitaran, faktor diet pemakanan, faktor gaya hidup (lifestyle) dan faktor anatomi.

Faktor persekitaran seperti habuk, debu, selimut, cadar dan binatang peliharaan sebenarnya mempengaruhi penghidap resdung. Bagi mereka yang sangat menggemari makanan pembuka selera seperti belacan, cencalok, makanan laut dan sebagainya, harus berhati-hati kerana makanan tersebut termasuk dalam diet pemakanan yang tidak boleh diambil secara berlebihan. Hindari minuman bergas, minuman beralkohol, merokok dan mengamalkan senaman harian adalah antara langkah terbaik dalam memastikan anda memilih gaya hidup (lifestyle) yang sihat. Faktor anatomi seperti kemalangan, kecederaan, tulang hidung bengkok dan polyps juga dapat menjadi penyebab kepada masalah ini.

Bagi perkongsian kali ini, Izzati ingin kongsikan bersama tentang cara merawat masalah resdung secara tradisional.

 

1) Cara merawat masalah resdung  yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk). Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

 

2) Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.

3) Cara merawat masalah resdung yang ketiga – Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

4) Selain itu, cara merawat masalah resdung di muka dapat dilakukan dengan mengenakan wap pada wajah menggunakan air rebusan jintan hitam.

mengenakan wap pada muka antara cara merawat masalah resdung

 

5)  Cara merawat masalah resdung yang seterusnya ialah dengan menggunakan daun pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang di dapati rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara kedua, Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.

cara merawat masalah resdung dengan rokok resdung

Pelbagai kaedah moden boleh dijalankan termasuklah ubat ubatan dan pembedahan kecil. Namun begitu, petua yang dikongsikan di atas ialah petua tradisional yang berkesan jika dilakukan berterusan. Semoga beroleh manfaat!

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI