Cara Merawat Stroke Dengan Berkesan

 

Penyakit stroke merupakan salah satu penyakit kronik yang kini semakin banyak dihidapi oleh masyarakat kita. Penyakit ini biasanya akan dihidapi oleh individu yang mempunyai penyakit darah tinggi. Namun, hal ini bukanlah menjadi kemestian dan mengecualikan individu yang lain. Penyakit stroke boleh saja menyerang sesiapa sekiranya terdapat faktor tertentu yang terjadi pada mana-mana individu.

Antara faktor berlakunya stroke adalah, sekiranya terdapat pembentukan darah beku di dalam salur darah manusia. Samada salur darah arteri atau vena. Namun kebiasannya, salur darah arteri akan lebih mudah tersumbat. Dalam masa yang sama, stroke juga boleh terjadi sekiranya berlaku pendarahan atau luka pada salur darah manusia di otak. Hal ini demikian kerana, otak manusia tidak dapat memperolehi kandungan oksigen yang mencukupi untuk mengawal pergerakan anggota tubuh badan yang lain. Hasilnya, pesakit stroke kebiasannya akan mengalami lumpuh separuh badan atau mungkin keseluruhannya.

menggerakkan tubuh untuk merawat stroke

Merawat pesakit stroke bukanlah satu perkara yag mudah. Kegagalan otak berfungsi dengan baik menyebabkan makluat sukar diperoleh dan dianalisa dengan baik. Jadi, ada kalanya, pesakit juga tidak mampu berkomunikasi denga baik serta sukar memahami apa yang disampaikan oleh orang disekelilingnya. Artikel kali ini akan mengupas serba sedikit tentag cara merawat stroke dengan berkesan

Pertama, ahli keluarga atau perawat hendaklah mengajarkan kepada pesakit asas-asas dalam komunikasi serta membantu mereka untuk memahami akan apa yang disampaikan kepada mereka. Pesakit juga perlu diajarkan kegiatan-kegiatan umum seperti makan, berjalan dan sebagainya.

Cara merawat stroke dengan berkesan yang seterusnya adalah dengan mengajarkan pesakit menggerakkan anggota-anggota yang kecil seperti jari, pergelangan tagan, siku, bahu, lutut dan punggung. Latihan ini sangat penting untuk memberi ransangan kepada anggota tubuh pesakit. Pesakit hendaklah kerap melakukan latihan ini. Dorongan dan sokongan daripada orang di sekelilingnya juga sangat penting untuk memberikan kesan positif kepada pesakit.

Seterusnya, sekiranya terdapat perubahan yang baik pada peringkat pertama, pesakit hendaklah melakukan latihan berjalan. Pada masa ini pesakit perlu berjalan sendiri dengan bantuan seseorang atau dengan bantuan tingkat sebagai alat ampuan dan sokongan agar tidak terjatuh. Latihan yang kerap dan berterusan sangat penting untuk membuahkan hasil yang baik.

langkah-langkah merawat stroke

Latihan keseimbangan adalah cara merawat stroke dengan berkesan yang seterusnya. Hal ini dilakukan oleh pesakit seandainya terdapat perubahan yang baik pada latihan peakit di peringkat yag kedua. Pada peringkat ini, pesakit perlu berjalan sendiri, dan mengawal keseimbangan berat badan dengan menggunakan gerak balas spontan agar tidak terjatuh. Namun, seandainya pesakit tidak mampu melakukannya dengan baik, pesakit boleh mengubah latihan tersebut kepada latihan di dalam kolam renang. Latihan ini sangat berkesan untuk meningkatkan daya keseimbangan badan. Tambahan pula, latihan ini tidak menyakitkam bagi pesakit.

Demikian serba sedikit perkongsian tentang cara merawat stroke dengan berkesan. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi bantuan dan faedah kepada semua pembaca.