Cara Merawat Stroke

Penyakit stroke atau juga dikenali sebagai angin ahmar, merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh komplikasi di dalam otak manusia. Stroke atau angin ahmar ini boleh dibahagikan kepada dua jenis yang umum, iaitu stroke iskemia dan stroke pendarahan. Umumnya, jenis-jenis stroke ini adalah dikaitkan dengan bagaimana penyakit stroke ini boleh menyerang seseorang individu. Stroke iskemia adalah disebabkan oleh gumapalan darah yang menyebabkan saluran darah arteri atau vena tersumbat. Manakala, stroke pendarahan pula terjadi sekiranya terdapat luka atau terdapat pedarahan pada saluran darah di otak seseorang. Oleh hal yang demikian, seseorang yang diserang stroke akan mengalami lumpuh pada anggota-anggota tertentu apabila otak tidak memperoleh darah darah anggota tersebut atau kekurangan oksigen yang disalurkan melalui darah.

Lazimnya, pesakit yang menghidap stroke akan mengalami beberapa perubahan fizikal, sebagai contoh lumpuh tubuh badan. Dalam masa yang sama, ada juga pesakit yang mengalami perubahan pada wajah seperti mulut yang terherot ke tepi. Pesakit juga ada kalanya akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan memahami tindakan atau ucapan manusia. Oleh hal yang demikian, berikut beberapa cara merawat stroke yang boleh dilakukan untuk menyembuhka pesakit.

latiha fizikal sangat penting untuk merawat stroke

Pertama, pesakit hendaklah dilatih untuk menggerakkan organ-organ kecil seperti jari, pergelangan tangan, bahu, siku, puggung, lutut dan pergelangan kaki. Pelatih atau ahli keluarga hendaklah memberi galakan kepada pesakit utuk sentiasa melakukan latihan. Dalam masa yang sama, peskait dilarang untuk melakukan gerakan yang terlalu berat.

Seterusnya, sekiranya terdapat perkembangan positif, pesakit perlu dilatih untuk melakukan latihan berjalan. Dalam aktiviti ini pesakit perlu menggunakan tongkat sebagai alat tampungan.  Cara merawat stroke yang seterusnya adalah dengan melakukan latihan keseimbangan. Pada masa ini, pesakit perlu berlatih menyeimbangkan tubuh badan melalui tidak balas tubuh secara spontan. Namun sekiranya pesakit masih tidak boleh menyeimbangkan tubuh mereka, cara merawat stroke yang seterusnya adalah dengan melakukan latihan di dalam kolam renang. Air sangat baik untuk memberikan daya apungan dan dalam masa yang sama, latihan ini tidak terlalu menyakitkan pesakit.

berhenti merokok dapat merawat penyakit stroke

Cara merawat stroke juga boleh dilakukan dengan mengelakkan atau berhenti merokok. Hal ini kerana merokok boleh menyebabkan dinding pembulur darah mengeras dan juga menyebabkan darah menggumpal. Seterusnya, pesakit hendaklah mengelakkan daripada tekanan atau stress. Hal ini kerana, stress boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan datah tinggi yang juga menyumbang kepada stroke. Dalam masa yang sama, pesakit juga hendaklah mengawal pemakanan. Pesakit hendaklah mengambil makanan mengikut catuan yang telah ditetapkan di dalam piramid makanan. Pesakit disarankan agar tidak mengambil daging merah dan banyak mengambil sayur serta buah-buahana ,hal ini  kerana lemak di dalam daging  boleh menyebabkan pembulur darah mengeras.

Demikian beberapa perkongsian yang boleh dilakukan untuk merawat stroke. Semoga artikel ii dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada setia pembaca.