Cara Pulihkan Resdung

Resdung menjejaskan kesihatan, menganggu prestasi kerja, tumpuan pembelajaran, menjejaskan penampilan dan keyakinan diri, menghalang diri daripada memakan makanan kegemaran dan menghalang aktiviti luar. Apabila masalah resdung semakin kronik dan melarat, banyak masa, tenaga dan wang perlu dihabiskan dan lebih malang lagi jika terpaksa melalui pembedahan berkos tinggi. Penyakit resdung ini amat popular dikalangan masyarakat tempatan dan lebih dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi penghidap resdung adalah batuk, gatal hidung,  kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Pada waktu pagi, pesakit resdung akan berasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Di antara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus. Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.

Terdapat banyak cara pulihkan resdung dan salah satunya ialah dengan menggunakan madu. Madu terdiri dari glukosa, air dan fruktosa bersama dengan beberapa vitamin serta mineral. Kadar glukosa yang rendah pada madu sangat bagus digunakan sebagai pengganti kepada gula sehingga dapat menjaga keseimbangan kadar glukosa berlebih dalam tubuh. Kita juga boleh menggabungkan madu dengan beberapa makanan, sehingga dapat menjadi penambah daya kekuatan dan kekebalan tubuh. Bagi kesihatan kulit wajah pula, madu amat berfungsi dalam melindungi kulit dimana kandungan antioksidan yang tinggi membuatkan madu dapat melindungi kulit daripada bakteria sehinggakan dapat menyembuhkan luka, bintik-bintik merah dan melawan infeksi pada kulit. Selain dapat melembabkan kulit, kandungan semulajadinya membuat madu mampu melembabkan kulit wajah serta dapat mencegah penuaan kulit.

rawat resdung dengan madu

Selain itu, cara pulihkan resdung seterusnya adalah dengan menggunakan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara merupakan pembasmi kuman semulajadi. Pada tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting di dalam minyak kelapa dara. Sejak daripada itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara merupakan satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman iaitu penyakit resdung.

pulihkan resdung dengan minyak kelapa dara

 

 

Semoga artikel tentang cara pulihkan resdung ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI