Darah Tinggi Dan Penawarnya

Anda pengidap darah tinggi?Masih tidak tahu penawarnya?Rilekss.Artikel ini akan menbincangkan tentang darah tinggi dan penawarnya.Seperti yang kita ketahui,darah tinggi merupakan keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri atau saluran darah anda lebih tinggi dari yang sepatutnya dan akhirnya menyebabkan pelbagai ancaman kesihatan seperti strok dan sakit jantung.Terdapat dua jenis penyakit darah tinggi iaitu tekanan darah tinggi primer dan tekanan darah tinggi sekunder.Tekanan darah tinggi primer ialah penyakit darah tinggi yang dihidapi oleh golongan dewasa.Biasanya,ia memang sukar untuk mengenal pasti punca sebenar tekanan darah tinggi.Tekanan darah tinggi primer ini lebih cenderung untuk berkembang secara berperingkat peringkat selama bertahun-tahun.Tekanan darah sekunder pula bermaksud golongan yang mempunyai tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh keadaan kesihatan yang tertentu.Tekanan darah sekunder muncul secara tiba-tiba dan menyebabkan tekanan darah yang lebih tinggi daripada tekanan darah tinggi primer.Namun,setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati.

akanan Bergoreng Meningkatkan Tekanan Darah

Antara faktor darah tinggi dan penawarnya ialah makanan bergoreng.Makanan bergoreng meupakan salah satu faktor darah tinggi.Jika minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan tersebut digunakan melebihi tiga kali,iaitu minyak yang sama,maka lebih banyak molekul asid lemak trans akan terbentuk.Hal ini boleh membuatkan peningkatan dalam tekanan darah seseorang.Seterusnya,bagi penawar darah tinggi pula,pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan itu tidak dikitar semula atau digunakan kurang dari 3 kali bagi mengelakkan keadaan seperti yang dinyatakan tadi berlaku.

MSG Meningkatkan Tekanan Darah

Bukan itu sahaja,faktor lain bagi darah tinggi dan penawarnya ialah bahan kimia, perisa & aditif dalam makanan seperti karamel dan MSG.Ini kerana perasa seperti ini boleh meransang kenaikan tekanan darah akibat perubahan tindakbalas bahan biokimia dalam tubuh badan.Garam halus sintetik/refined yang hanya mengandungi sodium klorida juga akan meningkatkan kepekatan darah sekaligus meningkatkan tekanan darah.Oleh itu,bagi penawarnya,elakkan pengambilan perisa dan garam dalam pemakanan.Jika mahu mengmbil garam,pastikan tidak melebihi 2 gram dalam sehari.

Di samping itu,antara fakor darah tinggi dan penawarnya ialah daging lembu.Daging lembu juga merupakan salah satu faktor tekanan darah tinggi terutama lembu yang berumur lebih dari 2 tahun kecuali daging lembu betina yang berumur kurang dari 2 tahun yang tidak pernah beranak.Hal ini mungkin disebabkan kandungan vitamin,nutrien dan asid amino tertentu dalam daging lembu lebih rendah berbanding daging kambing.Sebagai contoh, kandungan asid amino L-carnitine ( agen pengangkut molekul asid lemak pada sel)  dan coenzyme Q10 (meningkatkan pembakaran kalori) paling tinggi dalam haiwan ternakan yg lebih muda seperti kambing (anak biri-biri berumur 1 tahun ke bawah). Jadi metabolisma dan pengangkutan lemak serta kolesterol dalam daging lembu lebih rendah atau kurang efisien. Walaubagaimanapun daging lembu tidaklah seteruk minyak HVO (majerin).Justeru,penawarnya ialah elakkan memakan daging lembu dalam kehidupan seharian.

Sebagai penutup,jelaslah bahawa terdapat pelbagai faktor darah tinggi dan penawarnya yang sedikit sebanyak boleh membantu para pembaca menambahkan ilmu pengethuan tentang hal ini.Diharap artikel ini dapat membantu para pembaca menambahkan info berguna kepada diri anda.