Darah Tinggi Naik 200

Hah??Darah Tinggi Naik 200??Apa perlu aku buat ni??Anda mengalami masalah seperti ini??Jangan risau.Ambil masa seketika untuk membaca artikel ini kerana artikel pada kali ini ini akan mengupas tentang isu darah tinggi naik 200.Kebiasaannya,tekanan yang melebihi 180 tekanan sistolik (angka atas) atau melebihi 11o bagi tekanan diastolik (angka bawah) bermakna anda berada dalam keadaan risiko tinggi untuk diserang penyakit jantung,stroke dan penyakit lain yang berkaitan dengan jantung dan keadaan ini memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan kecemasan.Tekanan darah yang terlampau tinggi akan memberi simptom kepada pesakit seperti sakit kepala,sakit dada dan sesak nafas.Namun,kebanyakan pesakit tidak sedar akan simptom ini wlaupun tekanan darah tinggi mereka sangat tinggi.Walau bagaimanapun,tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada arteri dan organ badan.Jadi,bagi memastikan keadaan ini dapat dielakkan daripada menjadi lebih teruk,terdapat beberapa langkah yang perlu anada lakukan apabila darah tinggi naik 200.

Berjumpa Dengan Doktor Bagi Mengetahui Tentang Masalah Darah Tinggi

Antara langkah yang perlu anda lakukan apabila darah tinggi naik 200 ialah jangan membuat keputusan sendiri berdasarkan bacaan tekanan darah tinggi anda.Ini bermaksud,sekiranya tekanan darah anda disemak oleh anda sendiri di rumah,jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru tetapi pergi berjumpa dengan doktor untuk memastikan tekanan darah anda yang sebenar,Seterusnya,baring dan berehat beberapa minit sehingga anda berasa tenang sebelum mengambil bacaan tekanan darah seterusnya.Hal ini kerana semasa anda mengambil tekanan darah tersebut,mungkin anda berada dalam keadaan marah.Jadi ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi naik 200.

Ambil Ubat Secukupnya Mengikut Arahan Doktor

Di samping itu,langkah yang boleh diambil apabila darah tinggi naik 200 iaelah mengambil ubat mengikut kadar dan masa yang ditetapkan oleh doktor.Sekiranya anda lupa untuk memakan ubat,tekanan darah tinggi anda boleh mencecah 200.Selain tu,jika bacaan tekanan darah tinggi anda 200 atau lebih tetapi anda tidak mempunyai simptom seperti sakit kepala,sesak nafas dan sebagainya,sila telefon doktor dan berjumpa dengannya segera untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.

Bukan itu sahaja,antara langkah yang boleh diambil apabila darah tinggi naik 200 ialah berbincang dengan doktor tentang kadar pengambilan ubat.Hal ini kerana kadar pengambilan ubat juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi naik.Sekiranya anda mendapati tubuh badan anda tidak sesuai dengan kadar yang diberi,minta pada doktor untuk mengurangkan atau melebihkan kadar tersebut.Seterusnya,tanya doktor tersebut sekiranya ada masalah lain yang membuatkan tekanan darah tinggi naik 200 seperti masalah tidur apnea (sleep apnea) iaitu gangguan tidur yang mengganggu pernafasan seseorang ketika tidur.Akhir sekali,setelah anda tamat berbincang dengan doktor tentang rancangan perubatan anda,teruskan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian anda.Antara gaya hidup sihat yang perlu anda amalkan ialah berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok,kurangkan berat badan atau kekalkan berat badan yang ideal,tingkatkan aktiviti fizikal,kurangkan pengambilan garam iaitu sekurang kurangnya ambil garam hanya 2 gram sehari,kurangkan kafein,kurangkan alkohol dan kurangkan stress.

Kesimpulannya,terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil apabilla darah tinggi naik 200.Justeru,diharap para pembaca dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.