Darah Tinggi Naik

Alamak!!Darah Tinggi Naik Lagi!!Tenang.Usah risau.Pinjamkan masa anda sebentar untuk membaca artikel kali ini yang berkaitan dengan penyebab darah tinggi naik.Tekanan darah tinggi boleh meningkat disebabkan pelbagi faktor sama ada dari segi pemakanan ataupun gaya hidup harian.Namun,kebanyakan masyarakat tidak megambil endah tentang hal ini kerana menganggap penyakit darah tinggi ini adalah penyakit yang tidak kronik.Pada hakikatnya,penyakit darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang merbahaya serta boleh membawa maut tetapi penyakit ini masih boleh dikawal dan diuruskan dengan baik sekiranya anda tahu cara yang betul.Justeru,di sini saya akan menerangkan faktor tekanan darah tinggi naik supaya anda dapat mengelakkan diri anda dari terjebak dengan penyakit ini.

Umur Merupakan Salah Satu Faktor Tekanan Darah Tinggi

Pertamanya,antara faktor tekanan darah tinggi naik adalah disebabkan faktor keturunan.Keturunan bukan sahaja memberi kesan kepada warna kulit,paras rupa dan sebagainya tetapi juga boleh memberi kesan kepada penyakit yang dihidapi.Jika salah seorang daripada ibu atau bapa anda mengidap penyakit darah tinggi ini,maka berkemungkinan anda juga berisiko mengidapi penyakit ini.Faktor seterusnya ialah usia.Semakin usia kita meningkat,semakin tinggi risiko untuk mengidap darah tinggi.Kenapa?Kerana apabila usia kita meningkat,tahap kekenyalan saluran darah makin berkurang dan mengakibatkan saluran darah menjadi sempit.Kesannya,tekanan darah akan meningkat.

BMI Main Peranan Penting Dalam Mengawal Tekanan Darah

Selain itu,antara faktor tekanan darah tingggi naik ialah faktor jantina.Kebiasaannya,dalam lingkungan 45 tahun ke bawah,lelaki lebih berisiko untuk mengidap penyakit ini.Manakala,dalam lingkungan 45 tahun ke 64 tahun,baik lelaki ataupun wanita,kedua-duanya mempunyai tahap risiko yang sama dan dalam lingkungan 65 tahun ke atas,perempuan lebih berisiko untuk mengidap penyakit ini.Bukan itu sahaja,berat badan berlebihan juga merupakan salah satu faktor tekanan darah tinggi naik.Ukuran BMI(Body Mass Index) memainkan peranan penting.Jika BMI anda 25 hingga 30 atau lebih bermakna anda mempunyai berat badan berlebihan.Jadi,anda berisiko untuk mengidap penyakit ini.Seterusnya,antara faktor tekanan darah tinggi naik ialah stress.Hormon adrenalin akan meningkat sewaktu kita stress dan mengakibatkan jantung mengepam darah lebih cepat sehingga tekanan darah turut meningkat. Selain itu, pada saat stress biasanya pilihan makanan kita kurang baik. Kita akan cenderung untuk memakan apa sahaja untuk merilekskan diri kita walhal makanan itu boleh menyebabkan peningkatan dalam tekanan darah kita.

Di samping itu,kebiasaan meminum minuman beralkohol juga merupakan salah satu faktor darah tinggi naik.Kandungan bahan dalam alkohol boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.Akhir sekali,antara faktor darah tinggi naik ialah akibat pemakanan yang tidak seimbang.Sekiranya anda gemar untuk memakan makanan yang tinggi kalori,lemak dan gula,mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengurangkannya bagi mmengurangkan risiko penyakit darah tinggi ini dihidapi oleh anda.Garam juga perlu dikurangkan dalam pemakanan.

Kesimpulannya,semoga artikel ini dapat menambahkan ilmu kepada para pembaca tentang faktor darah tinggi naik.Diharapkan para pembaca dijauhkan dari sebarang penyakit dan dalam keadaan sihat sentiasa.