Darah Tinggi Semasa Mengandung

Anda hamil??? Darah tinggi anda naik?? Sekiranya anda ada masalah berikut, luangkan masa sejenak untuk membaca artikel ini bagi mengetahui langkah yang boleh diamalkan.Tekanan darah tinggi semasa hamil juga dikenali sebagai pregnancy induced hypertention (PIH). Penyakit ini mampu memberi kesan buruk kepada bayi yang bakal dilahirkan. Tekanan darah tinggi ini juga boleh membawa kepada keaadan serius yang dikenali sebagai preeclampsia. Bagi individu biasa, tekanan darah normal ialah sekitar 140 ke 90.Manakala, tekanan darah bagi ibu yang sedang mengandung adalah antara 110 ke 70 atau 120 ke 80.Namun, sekiranya anda merupakan salah seorang daripada yang mengalami masalah ini,jangan panik,tenang dan rileks kerana banyak cara yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah darah tinggi semasa mengandung.Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan darah tinggi semasa mengandung sama ada dari aspek makanan mahupun fizikal. Justeru, pada artikel kali ini akan membincangkan tentang langkah-langkah tersebut bagi membantu para ibu mengurangkan tekanan darah serta untuk mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

Pengambilan Jus Buah Buahan Bagi Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Semasa Mengandung

Pertama sekali,langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan tekanan darah tinggi semasa mengandung ialah memperbanyakkan meminum jus buah buahan.Amalkan pengambilan jus ini di setiap pagi dan malam dan kurangkan pengambilan gula dalam minuman.Kandungan vitamin di dalam buah ini bukan sahaja mampu mengurangkan tekanan darah namun turut mendatangkan khasiat kepada bayi di dalam kandungan.Seterusnya, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi sumber kalium,magnesium dan kalsium.Makanan yang mepunyai ketiga tiga sumber mineral ini mampu mengurangkan tekanan darah.

Pengambilan Sayur-Sayuran Dalam Pemakanan Bagi Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi Semasa Mengandung

Di samping itu, antara langkah yang boleh dillakukan bagi mengurangkan tekanan darah tinggi semasa mengandung ialah dengan mengamalkan meminum air asam jawa. Anda mesti melakukan langkah ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Caranya adalah dengan mengambil sedikit pes asam jawa dan memasukkannya ke dalam setengah cawan air masak.Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengamalkan pengambilan sayur-sayuran dan ulam dalam pemakanan.Antara sayur yang bagus bagi mengurangkan tekanan darah ialah tomato,daun sup dan daun saderi.

Selain itu,membuat kerja dengan teratur juga merupakan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan tekanan darah tinggi semasa mengandung. Sekiranya kerja yang dilakukan dalam keadaan tergesa gesa semestinya tahap tekanan darah tinggi anda akan meningkat.Justeru, anda perlu melakukan kerja tersebut dalam keadaan teratur bagi mengelakkan kenaikan tekanan darah dan lebih baik sekiranya anda membuat jadual harian bagi memastikan kerja yang dilakukan teratur. Sekiranya kerja tersebut tidak mampu dillakukan oleh anda seorang, mintalah bantuan orang lain seperti suami dan anak-anak.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan tekanan darah tinggi semasa mengandung. Semoga para pembaca mendapat manfaat daripada artikel ini dan didoakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat selalu.