Exercise Kuruskan Badan

Seperti yang kita ketahui,sudah menjadi lumrah manusia cintakan kecantikan.Jadi,tidak hairanlah apabila makin hari makin banyak produk atau ubat untuk kecantikan termasuklah untuk menguruskan badan.Badan yang kurus dan langsing akan menampakkan seorang yang sihat malah turut menjadikan diri bertanbah cantik menawan,Justeru,tidak hairanlah bahawa ramai orang yang mempunyai masalah berat badan berlumba-lumba untuk menjadi kurus.Sebut aja pasal kurus,pasti yang bermain di fikiran ialah diet dan exercise.Namun,adakah exercise yang dilakukan itu betul-betul memberi impak kepada tubuh badan anda untuk kurus.Jadi,sekiranya anda tidak pasti atau tidak tahu exercise yang betul untuk kuruskan badan,anda perlu untuk membaca artikel ini sehingga habis supaya anda dapat mengetahuinya.Terdapat pelbagai exercise kuruskan badan yang boleh anda praktikkan.

Push Up Boleh Kuruskan Badan

Antara exercise kuruskan badan yang boleh anda praktikkan ialah push-ups atau tekan-tubi.Dalam banyak-banyak senaman di rumah, push-ups atau tekan-tubi ni memang tidak akan dilupakan. Bagi wanita, kalau berkemampuan nak berdiri dengan hujung jari kaki, bolehlah berbuat demikian, kalau tak mampu, guna lutut pun takpe.Push-ups atau tekan-tubi ni bagus untuk membakar lemak, menguatkan bahagian lengan, bahu dan dada. Buat dalam 10 kali, dalam 3 set pun dah cukup baik. Ikut kemampuan anda.

Senaman Bridge Bantu Untuk Kurus

Bukan itu sahaja,antara exercise kuruskan badan yang lain ialah bridge.Senaman bridge baik untuk menguatkan bahagian abdomen, otot-otot kaki yang bersambung dengan lutut, bahagian bawah otot belakang dan membantu untuk mendapatkan pinggul yang cantik.Cara-caranya, baring lurus, angkat punggung, tangan di sisi, pastikan badan lurus. Tahan 30 saat dan perlahan-lahan turunkan badan. Buatlah dalam 10 kali mengikut kemampuan anda.cise yang seterusnya ialah squats.Squats merupakan antara senaman yang wajib ada. Kebaikan squats ialah mencantikkan punggung, membentuk paha dan kaki yang cantik.Cara-caranya ialah, buka kaki anda, pastikan apabila lutut diturun dan dibengkokkan, tidak melebihi jari kaki anda. Tangan boleh diluruskan ke depan. Buat dalam 10-15 kali bagi satu sesi (naik turun) bagi 3 set.

Akhir sekali,exercise kuruskan badan yang lain ialah walking lunges.Lunges ini seperti squats juga cuma dilakukan dengan satu kaki membengkok. Sekali lagi, pastikan lutut tidak melebihi hujung jari kaki dan lutut satu lagi tidak mencecah lantai. Lutut dibengkokkan dalam 90 darjah.Cara buat ialah bengkokkan lutut dalam 10 kali, bergilir dengan kaki sebelah lagi. Boleh buat dalam 3 set.Anda juga boleh melakukan exercise lain iaitu senaman kerusi.Senaman ini pula bagus untuk kekuatan lengan, perut dan kaki.Cara-caranya, kaki bengkok 90 darjah, badan pula lurus. Naik dan turunkan badan anda dengan memegang kerusi. Macam push-ups tapi anda buat di bahagian belakang.Macam biasa buat dalam 10 kali kemudian rehat. Buat dalam 3 set.

Sebagai penutup,jelaslah bahawa terdapat pelbagai jenis exercise kuruskan badan yang boleh diamalkan oleh anda dalam kehidupann seharian.