Herba Merawat Kencing Manis

Penyakit kencing manis merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang seringkali dihidapi oleh masyarakat kita pada masa ini. Penyakit ini secara umumnya adalah disebabkan oleh kandungan gula yang meningkat secara mendadak di dalam tubuh manusia. Dalam masa yang sama juga, penyakit kencing manis ini adalah disebabkan oleh kegagalan organ pankreas untuk berfungsi dengan baik. Organ pankreas sangat penting untuk merembeskan hormon insulin ke dalam anggota tubuh badan. Hormon insulin ini pula sangat penting untuk mengawal kadar gula di dalam tubuh manusia. Oleh itu, pesakit yang menghidap penyakit kencing manis ini sangat perlu untuk mendapatkan suntikan insulin. Namun, terdapat juga inisiatif lain untuk merawat penyakit kencing manis ini. Oleh hal yang demikian, artikel kali ini akan membincangkan tentang herba merawat kencing manis. 

Herba merawat kencing manis yang pertama adalah dengan menggunakan gymnemma sylvestre. Gymnemma ini juga dikenali sebagai Gurmar. Gymnemma ini sangat baik untuk merawat penyakit kencing manis. Hal ini kerana, ia mengandungi khasiat untuk mengurangkan penyerapan gula pada usus. Dan dalam masa yang sama, Gymnemma ini juga sangat baik untuk meransang organ pankreas bagi menghasilkan hormon insulin yang mencukupi.

daun pegaga untuk merawat kencing manis

Teknik rawatan yang seterusnya adalah dengan menggunakan peria katak. Peria katak yang pahit ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan rawatan terhadap penyakit kencing manis. Peria ini boleh dijadikan jus malah juga boleh dijadikan sebagai ulam. Dalam masa yang sama, daun pegaga juga boleh dijadikan sebagai ubat untuk merawat penyakit kencing manis ini. Daun pegaga boleh direbus lalu diminum airnya. Begitu juga dengan duan sirih.

Herba merawat kencing manis yang seterusnya adalah dengan menggunakan akar petawali. Akar petawali ini juga turut dikenali sebagai akar serutun. Cara kegunaannya adalah dengan menumbuknya dan direndan di dalam air sejuk. Air sejuk yang digunakan hendaklah dalam kadar setengah gelas. Setelah ditapis, pesakit dikehendaki untuk meminum air rendaman tersebut.

peria dapat penyakit kencing manis

Seterusnya, tahukah anda bahawa buah petai sangat baik untuk membersihkan buah pinggang, Dalam masa yang sama, buah petai juga sangat baik untuk merawat penyakit kencing manis. Untuk merawat penyakit kencing manis ini, anda juga boleh menggunakan batang pokok petai. Caranya adalah dengan mengambil batang pokok petai sebesar tapak tangan lalu direbus sehingga air menjadi warna hitam. Pesakit dinasihatkan agar mengambil air tersebut sehari sekali. Seterusnya, penyakit kencing manis juga boleh dirawat dengan menggunakan halba atau fenugreek. Terdapat bahan aktif dan soluble fibre iaitu serat yang larut air di dalam halba. Dan hal ini sangat baik untuk hypoglycemic.

Demikian serba sedikit perkongsian tentang herba merawat kencing manis. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca.