Herba Penawar Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi telah pun menjadi salah satu daripada beberapa penyakit kronik dalam kalangan masyarakat kita. Malah, sekiranya seseorang menghidap darah tinggi, sangat berkemungkinan besar untuk mereka menghidap kencing manis dan sakit buah pinggang. Oleh hal yang demikian, setiap pesakit yang menghidap penyakit ini perlu untuk mendapatkan rawatan doktor bagi memulihkan keadaannya. Dalam masa yang sama, pesakit juga boleh melakukan beberapa langkah inisiatif yang lain untuk merawat penyakit darah tinggi ini. Lazimnya, sesetengah pesakit akan menggunakan rawatan tradisional atau mengambil herba-herba yang boleh merawat penyakit darah tinggi ini. Oleh hal yang demikian, artikel kali ini akan membincangkan tentang herba penawar darah tinggi.

Herba penawar darah tinggi yang pertama adalah dengan menggunakan daun kayu putih. Caranya adalah dengan mengambil segenggam daun kayu putih dan dicuci lalu direbus. Air rebusan daun kayu putih itu hendaklah dijadikan sebagai air mandian bagi pesakit pada setiap pagi selama seminggu. Dalam masa yang sama, pandan wangi juga boleh dijadikan sebagai ubat untuk darah tinggi juga. Caranya adalah dengan mengambil daun pandan wangi dan direbus dengan menggunakan dua gelas air. Rebuskan daun tersebut sehingga air rebusan menjadi setengah gelas. Air rebusan ini boleh diminum setiap kali tekanan darah pesakit meningkat.

daun kucai dapat merawat darah tinggi

Seterusnya, daun sderi juga sangat baik untuk dijadikan penawar bagi penyakit darah tinggi ini. Makan sejambak daun sderi setiap hari atau boleh juga dijadikan sebagai ulam. Selain itu, rebuskan daun sderi dengan segelas air dan didihkan sehingga menjadi setengah gelas. Pesakit dinasihatkan agar mengambil air rebusan tersebut pada waktu pagi dan malam iaitu sebelum tidur. Tambahan lagi, pengambilan buah belimbing sebanyak sebiji setiap hari juga dapat membantu merawat darah tinggi.

Herba penawar darah tinggi   yang seterusnya adalah dengan mengambil Daun belimbing buluh. Secupak daun belimbing buluh perlu dijemur sehingga kering. Lalu rebuskan daun tersebut dengan dua gelas air dan biarkan sejuk untuk semalaman. Pesakit perlu mengambil air rebusan daun belimbing buluh tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan. Pucuk gelugur juga boleh dijadikan sebagai ubat. Caranya adalah dengan merebus 20 helai pucuk gelugur dengan dua gelas air. Didihkan ia sehingga air menjadi suku gelas. Minum setiap malam sebelum tidur dan amalkannya selama tiga hari.

pandan wangi merawat darah tinggi

Dalam masa yang sama, akar petawali juga sangat baik untuk merawat darah tinggi. Makan suku inci akar patawalis etiap hari dapat memberikan kesan yang baik. Daun kucai juga sangat baik untuk merawat penyakit ini. Caranya, tumbuk lumat secekak daun kucai dan bancuh dengan air sejuk. Lalu, perahkan airnya. Pesakit perlu mengambil air ini pada setiap hari.

Demikian serba sedikit perkongsian tentang herba penawar darah tinggi. Supaya perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca.