Herba Penawar Kencing Manis

Kencing manis menajdi salah satu daripada penyakit-penyakit kronik di Malaysia.  Penyakit ini bukan sahaja menyerang golongan yang tua dan berumur, malahan juga turut dihidapi oleh golongan belia yang lazimnya menghidap obesiti.

Penyakit kencing manis adalah terjadi disebabkan oleh kandungan gula di dalam tubuh badan yang berlebihan. Hal ini menyebabkan tubuh memiliki kandungan gula yang melebihi daripada tahap keperluan yangs epatutnya dan hal ini menyumbang kepada penyakit kencing manis. Namun dalam masa yang sama juga, penyakit kencing manis ini juga adalah disebabkan oleh kegagalan organ pankreas untuk berfungsi dengan baik. Organ pankreas adalah organ yang sangat penting bagi menghasilkan hormon insulin bagi tubuh manusia. Manakala hormon insulin pula sangat penting untuk mengawal kadar gula di dalam tubuh manusia.

gymnemma untuk merawat kencing manis

Artikel kali ini akan membincangkan tentang herba penawar kencing manis. Lazimnya pesakit kencing manis sangat perlu kepada ubat-ubatan hospital, hal ini adalah bagi memastikan penyakit yang dihidapi oleh pesakit beransur pulih. Namun, dalam masa yang sama, penyakit kencing manis ini juga boleh diubati secara tradisional. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan halba. Halba merupakan herba yang sangat baik untuk merawat penyakir kencing manis. Halba yang jug turut dikenali sebagai fenugreek sangat baik dalam merawat pesakit kencing manis. Kandungan bahan aktif dan soluble fibre di dalam halba sangat baik untuk hypoglycemic.

Dalam masa yang sama, herba penawar kencing manis juga adalah dengan menggunakan daun sirih. Selain menjadi ulam, daun sirih juga boleh direbus dan diminum air rebusannya. Pesakit hendaklah konsisten mengambil air rebusan tersebut bagi mendapatkan kesan yang baik. Seterusnya, pesakit juga boleh mengambil daun pegaga. Kebiasannya, daun pegaga ini akan diambil dan dijadikan sebagai ulam-ulaman. Namun boleh juga direbus dan air rebusannya diminum.

Gymnemma merupakan salah satu daripada herba penawar kencing manis . Malah penggunaan Gymnemma juga telah dipraktikkan dalam sistem perubatan ayurveda yang dimanfaatkan di  india sejak dulu lagi.  Gymnemma ini sangat baik, kerana ia dapat membantu merangsang organ pankreas untuk menghasilkan hormon insulin. Dalam masa yang sama, Gymnemma ini juga sangat baik untuk mengurangkan penyerapan gula dalam usus manusia, lantas kadar gula di dalam tubuh dapat dikurangkan.

daun sirih untuk merawat kencing manis

Dalam masa yang sama, penggunaan petai juga sangat baik untuk merawat kencing manis. Batang pokok petai juga boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit kencing manis. Batang pokok petai ini perlu direbus sehingga air menjadi hitam dan diminum. Pesakit dinasihatkan agar meminum air rebusan tersebut setiap hari sekali.

Akar petawali yang juga dikenali sebagai akar serutun juga sangat baik untuk merawat kencing manis. Seperti yang lain, akar petawali yang telag ditumbuk  perlu direndam di dalam air sejuk. Air sejuk yang digunakan pula hendaklah berukuran setengah gelas. Setelah ditapis, pesakit boleh meminum air rendaman tersebut dan dijadikan sebagai rutin harian.

Demikian beberapa perkongsian tentang herba penawar kencing manis. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca.