Herba Untuk Penyakit Stroke

Penyakit stroke juga turut dikenali sebagai penyakit angin ahmar. Penyakit stroke ini adalah disebabkan oleh gangguan pada otak. Hal ini menyebabkan otak tidak mampu berfungsi dengan baik, dan sukar mengawal pergerakan tubuh badan. Oleh hal yang demikian, pesakit yang mengalami stroke akan mengalami kelumpuhan pada sebahagian tubuh badan.
Lazimnya, penyakit stroke ini dapat dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, stroke iskemia, manakala yang kedua ialah stroke pendarahan. Stroke jenis iskemia adalah stroke yang berpunca daripada salur darah yang tersumbat. Salur darah tersumbat adalah disebabkan oleh terbentuknya darah beku atau plak di dalam salur darah. Manakala stroke jenis pendarahan pula adalah disebabkan oleh berlakunya pendarahan pada salur darah atau kerosakkan pada sel darah merah manusia yang berfungsi untuk membawa oksigen ke otak.

buah pear mampu merawat stroke
Rawatan untuk pesakit stroke perlu dijalankan dengan sebaik mungkin serta sentiasa mendapatkan nasihat dan panduan daripada doktor. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlaku pendarahan atau insiden yang lain. Dalam masa yang sama, faktor pemakanan untuk pesakit stroke juga perlu dititikberatkan. Artikel kali ini akan menyentuh tentang herba untuk penyakit stroke. Namun, dalam perbincangan ini, kita akan menyentuh tentang makanan yang boleh diambil oleh pesakit sebagai satu jalan rawatan.
Madu merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat baik untuk mengubati penyakit stroke. Kandungan glukosa, fruktosa, sukrosa, asam lemak dan beberapa vitamin di dalam madu sangat berkesan untuk mengubati stroke. Vitamin B1 sangat baik untuk memulihkan kembali kelumpuhan pada saraf pesakit. Dalam masa yang sama juga, kandungan Vitamin E di dalam madu juga sangat baik untuk melindungi sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke otak daripada rosak.

jintan hitam merawat stroke
Herba untuk penyakit stroke juga merupakan daun dewa. Daun dewa sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah di dalam tubuh serta menghentikan pendarahan. Dalam masa yang sama juga, daun dewa sangat baik untuk menurunkan kadar kolestrol di dalam badan serta mencegah daripada berlaku pembekuan darah.
Seterusnya, herba untuk penyakit stroke juga adalah dengan menggunakan jintan hitam. Jintan hitam juga dikenali sebagai habbatussauda’ dan merupakan salah satu daripada makanan sunnah yang panas dan kering. Pengambilan jintan hitam dapat membantu meningkatkan suhu badan pesakit. Hal ini demikian kerana, suhu badan pesakit stroke adalah sangat rendah.
Dalam masa yang sama, bawang putih juga memainkan peranan yang sama seperti jintan hitam. Menurut kajian, buah-buahan yang berkulit terang seperti apple dan pear adalah sangat baik untuk mencegah stroke. Sementara buah nangka pula sangat baik untuk mengoksida kolestrol yang melekat pada dinding pembuluh darah.
Demikian beberapa perkongsian tentang herba untuk penyakit stroke. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.