Herba Untuk Resdung

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh menyebabkan beberapa kesan buruk dan komplikasi antaranya ialah nanah di sekeliling kawasan mata serta selsema berpanjangan. Apabila saluran dalaman muka sudah ditutupi dengan banyak, mukus berkumpul sehingga pengaliran udara ke bahagian mata terganggu dan ini akan membuatkan mukus yang bertukar menjadi nanah dipam ke mata. Oleh itu, mata akan mula terasa berat dan letih. Pesakit yang tidak menerima rawatan secukupnya berisiko untuk mendapat jangkitan otak dan ianya amat berbahaya jika merebak ke bahagian otak kerana kuman-kuman resdung itu akan bercampur aduk dengan bakteria serta organisma di bahagian itu yang mampu menyebabkan sakit tekak kronik, alahan hidung atau hidung sensitif. Dianggarkan hampir 25 peratus penduduk di negara ini mengalami penyakit resdung yang serius dan di antara tanda-tandanya ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutamanya pada bahagian dahi dan pipi serta kelemumur yang berterusan walaupun pelbagai syampu dan ubat telah digunakan. Seperti yang kita tahu masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu, dan pijat atau makanan tertentu. Kebiasaannya seseorang yang terkena resdung akan kerap bersin, berhingus, gatal-gatal dan berkahak. Oleh sebab itu, terdapat banyak cara untuk mengubati penyakit resdung ini dan salah satunya adalah melalui herba.

Herba untuk resdung yang pertama ialah kunyit putih. Manfaat kunyit putih ini terlalu banyak bagi kesihatan tubuh kerana dipercayai bahawa tanaman ini sangat mujarab dan biasa digunakan dalam ilmu perubatan. Melalui hasil daripada beberapa penelitian, didapati bahawa unsur kimia yang terkandung di dalam kunyit putih ternyata memiliki kekuatan dalam mencegah penyebaran sel kanser serta menghalang kanser. Antioksidan yang terdapat dalam kunyit putih memiliki fungsi sebagai pencegah asid deoksiribonukleat (DNA) dalam tubuh kita daripada rosak. Selain itu, di dalam kunyit putih juga terkandung Ribosom Inacting Protein (RIP) yang bertindak menghentikan pertumbuhan dan perkembangan sel kanser di dalam tubuh tanpa mengakibatkan kerosakan sel sihat yang lain di dalam tubuh badan kita. Bagi perawatan resdung, kunyit putih ini mampu merawat resdung dimana ianya mengubati masalah sesak nafas dan mencegah alergi terhadap makanan.

halia putih ubati resdung

Seterusnya, kayu manis juga merupakan herba untuk resdung yang agak popular digunakan. Kayu manis merupakan salah satu ubat herba yang paling terkenal di seluruh dunia. Kayu manis (Cinnamomum zeylanicum) berasal dari negara tropika di Asia ( Sri Lanka dan India ) bermanfaat terutamanya pada bahagian kulitnya yang dapat mengubati pelbagai gangguan kesihatan seperti pernafasan, infeksi kulit, masalah menstruasi, gangguan jantung, radang sendi, senggugut, batuk berpanjangan, selsema, darah tinggin dan masalah pencernaan.

herba untuk resdung

Akhir kata, diharap informasi daripada artikel herba untuk resdung ini sedikit sebanyak memberi manfaat berguna buat para pembaca.

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI