Jenis-Jenis Stroke

Penyakit stroke merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang semakin rancak menular dalam kalangan masyarakat kita. Penyakit stroke ini juga turut dikenali sebagai penyakit angin ahmar. Apa yang dapat kita lihat, pesakit yang menghidap penyakit angin ahmar ini akan mengalami kelumpuhan pada separuh anggota tubuh badan.
Penyakit stroke terjadi adalah apabila berlaku gangguan terhadap otak manusia. Kegagalan otak menerima bekalan oksigen yang mencukupi juga menyebabkan otak tidak mampu berfungsi dengan baik dan pengawalan otak terhadap nggota badan yang tertentu juga terganggu. Artikel kali ini akan membahaskan tentang jenis-jenis stroke.
Jenis-jenis stroke boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, stroke iskemia dan kedua ialah stroke pendarahan.

stroke iskemia adalah jenis-jenis stroke
Stroke iskemia adalah penyakit stroke yang terjadi disebabkan oleh salur darah manusia yang tersumbat. Salur darah tersumbat adalah disebabkan pembentukan darah beku di dalam salur darah atau pembentukan plak. Plak merupakan gumpalan atau kumpulan lipid dan kolestrol yang terbentuk di dalam salur darah manusia.
Jenis-jenis stroke yang kedua ialah stroke pendarahan. Stroke jenis ini adalah disebabkan oleh berlaku pendarahan atau luka pada salur darah yang menyebabkan darah yang mengalir ke otak tidak mengandungi bekalan oksigen yang mencukupi. Oleh hal yang demikian, oksigen tidak berupaya untuk mengawal pergerakan tubuh badan.
Penyakit stroke lazimnya adalah dihidapi oleh individu yang mempunyai penyakit darah tinggi atau diabetes. Hal ini demikian kerana, peningkatan kadar lemak di dalam tubuh badan manusia juga meningkatkan potensi untuk membentuk plak di dalam salur darah. Dalam masa yang sama juga, pengambilan makanan yang berlemak juga boleh menyebabkan penyakit stroke. Makanan yang berlemak dan berkolestrol boleh menyebabkan dinding pembuluh darah mengeras. Lantas, menyebabkan darah membeku dan salur darah akan tersumbat.

cara merawat strokeSelain itu, penyakit stroke ini juga disebabkan oleh individu yang merokok. Merokok bukan sahaja menyebabkan paru-paru menjadi hitam dan rosak, malah juga meningkatkan tekanan terhadap salur darah dan menyebabkan pembuluh darah mengeras. Hal ini juga menyebabkan darah membeku dan salur darah tersumbat. Selain daripada merokok, pengambilan minuman yang beralkohol dan bersoda juga berpotensi untuk menyumbang kepada penyakit stroke ini.
Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan penyakit stroke ini, setiap individu hendaklah mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang. Elakkan mengambil daging merah terlalu banyak. Hal ini kerana, kandungan lemak di dalam daging merah adalah sangat tinggi. Dalam masa yang sama, pengambilan garam di dalam pemakanan juga hendaklah dikurangkan. Hal ini kerana, garam merupakan salah satu penyumbang terhadap penyakit tekanan darah tinggi.
Seterusnya, kawalan stress juga hendaklah dilakukan dengan bijak. Keadaan yang terlampau stress menyebabkan tekanan darah meningkat dan menyebabkan pembuluh darah manusia mengeras dan menyebabkan penyakit stroke.
Demikian serba sedikit perkongsian tentang jenis-jenis stroke serta punca dan cara mengelakkan penyakit stroke. Semoga perkongsian ini dapat memberi maklumat kepada setiap pembaca.