Jenis Senaman Untuk Kuruskan Badan

Jenis senaman untuk kuruskan badan? Senaman yang macam mana tu? Haa..kalau persoalan-persoalan ini bermain di benak fikiran anda,maka,anda berada di tempat yang betul kerana artikel ini akan memberi maklumat tentang jenis senaman untuk kuruskan badan.Seperti yang kita kketahui,terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh dipraktikkan,tetapi adakah senaman tersebut boleh menguruskan badan.Haa,kalau nak tahu apa jenis senaman yang boleh kuruskan badan,bacalah sampai habis.Terdapat pelbagai jenis senaman untuk kuruskan badan.

Berenang Boleh Menguruskan Badan

Pertama sekali,antara jenis senaman untuk kuruskan badan ialah senaman kardio.Senaman kardio adalah senaman yang boleh membakar lemak dengan sangat pantas. Jika anda ingin kurus cepat, anda perlu masukkan senaman kardio di dalam aktiviti senaman anda. Antara senaman kardio yang boleh anda amalkan adalah berlari, kayuh basikal, senaman aerobic, menari dan berenang.

Bangkit Tubi Bantu Kuruskan Badan

Seterusnya,jenis senaman untuk kuruskan badan yang lain ialah senaman kekuatan dan daya ketahanan.Untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik, anda boleh lakukan senaman kekuatan dan senaman yang menguji daya ketahanan.Antara senaman jenis ini adalah senaman mengangkat berat, tekan tubi, bangun tubi dan senaman squat.Bagi anda yang ingin melakukan senaman untuk kuruskan badan, anda tidak perlu memaksa diri melakukan senaman secara agresif dari awal. Anda boleh bermula dari usaha kecil – kecilan sehinggalah prestasi anda meningkat dari semasa ke semasa.Untuk mendapatkan kesan yang segera, anda perlu lakukan senaman enam kali seminggu dan pilih satu hari untuk berehat.Ketika bangun tidur amalkan cara dengan bangun secara bangkit tubi ( Sit up ).Duduk tenang dalam 30 saat kemudian teruskan dengan senaman bangkit tubi 10 kali sebanyak 3-5 set. Amalan ini dapat memecahkan lemak dengan pantas di bahagian perut ( Tummy )

Akhir sekali,jenis senaman untuk kuruskan badan yang seterusnya ialah lompat bintang ( Star jump ).Anda boleh melakukan  sebanyak 20 hingga 25 kali setiap jam.Jenis senaman yang lain ialah squats.Squats merupakan antara senaman yang mesti ada. Kebaikan squats ialah mencantikkan punggung, membentuk paha dan kaki yang cantik.Cara-caranya ialah, buka kaki anda, pastikan apabila lutut diturun dan dibengkokkan, tidak melebihi jari kaki anda. Tangan boleh diluruskan ke depan. Buat dalam 10-15 kali bagi satu sesi (naik turun) bagi 3 set.Bukan itu sahaja,anda joga boleh melakukan senaman yang lain iaitu walking lunges.Lunges ini seperti squats juga cuma dilakukan dengan satu kaki membengkok. Sekali lagi, pastikan lutut tidak melebihi hujung jari kaki dan lutut satu lagi tidak mencecah lantai. Lutut dibengkokkan dalam 90 darjah.Cara buat ialah bengkokkan lutut dalam 10 kali, bergilir dengan kaki sebelah lagi. Boleh buat dalam 3 set.

Sebagai penutup,diharap anda semua memperoleh ilmu yang bermanfaat daripada artikel ini yang berkongsi maklumat tentang jenis senaman untuk kurus.