Kaedah Kuruskan Badan

Tahukah anda,terdapat pelbagai kaedah kuruskan baan sama ada dari segi senaman mahupun pemakanan.Bagi seiapa yang tidak mengetahui tentang hal ini,anda perlu membaca artikel ini kerana di sini akan dikongsikan kepada anda tentang pelbagai kaedah kuruskan badan.Jadi,apa tunggu lagi,bacalah sampai habis.Mempunyai badan yang kurus dan langsing merupakan impian dan harapan semua orang terutama golongan wanita.Namun,bagi sesiapa yang mempunyai masalah berat badan,jangan risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.Haa,kalau masih belum jumpa jalan penyelesaiaanya,di sini terdapat beberapa kaedah kuruskan badan yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian.

Ambil Sayuran Untuk Kurus

Pertama sekali,antara kaedah kuruskan badan yang boleh diamalkan oleh anda ialah mengambil sayuran, protein dan lemak baik dalam pemakanan.Untuk protein sendiri, dalam sehari setidaknya tubuh manusia memerlukan lebih kurang 20-50 gram protein setiap hari. Hal inilah yang boleh membuat metabolisme di dalam tubuh lebih lancar dan akan membantu pembakaran lemak. Anda bisa mendapatkan protein dari berbagai jenis makanan sehat seperti putih telur, udang, ayam, daging, ikan salmon, dan sebagainya.Pengambilan lebih banyak sayuran juga boleh menjadi salah satu cara menguruskan badan dalam 1 minggu. Beberapa jenis sayuran seperti mentimun, kubis, brokoli dan bayam mampu membantu anda melancarkan program diet dan juga menjaga kesihatan tubuh badan anda. Meskipun anda mengambil sayuran dalam jumlah yang cukup banyak, namun, anda tidak perlu khuatir kerana anda tidak akan mengalami kegemukkan atau obesiti. Selain itu,anda juga disarankan untuk mengambil lemak. Akan tetapi, lemak yang anda konsumsi jelas lemak baik, lemak yang memiliki beberapa manfaat untuk kesihatan tubuh. Salah satunya adalah untuk membantu menurunkan berat badan.

Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan Bantu Anda Kurus

Selain itu,antara kaedah kuruskan badan yang lain ialah ambil sesuatu yang pahit sebelum makan.Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan.Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula didalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.

Akhir sekali,kaedah kuruskan badan yang seterusnya ialah ketika memilih piring makanan , ambillah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan.

Kesimpulannya,semoga anda semua mendapat manfaat dari artikel ini yang berkaitan tentang kaedah kuruskan badan.Diharap anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu.