Kaedah Merawat Stroke

Penyakit stroke merupakan satu penyakit yang sangat kronik menyerang masyarkat kita. Penyakit stroke atau juga dikenali sebagai penyakit angin ahmar ini akan menyebabkan seseorang pesakit itu mengalami lumpuh samada seluruh tubuh badan atau hanya sebahagian tubuh sahaja. Penyakit stroke ini terjadi adalah disebabkan kegagalan darah dibawa ke otak. Darah yang berasal dari anggota-anggota yang tertentu tersekat atau terhalang daripada terus mengalir samada pada salur darah arteri atau vena disebabkan oleh adanya darah beku yang menyumbat saluran. Dalam masa yang sama, pendarahan pada salur darah di otak juga menyebabkan seseorang itu mengalami stroke. Hal ini demikian kerana, darah yang dibawa ke otak mengandungi bekalan oksigen yang tidak mencukupi untuk otak. Oleh itu, otak tidak dapat menyampaikan mesej tertentu pada anggota tubuh dan menyebabkan ia lumpuh.

langkah-langkah merawat stroke

Penyakit stroke ada kalanya juga disebabkan oleh terbentuknya flaks yang terdiri dari gumpalan lemak dan lipid di mana ia tidak dapat dilarutkan di dalam bendalir dan akan termendap di dalam salur darah. Oleh hal yang demikian, kaedah merawat stroke yang pertama adalah dengan mengawal pemakanan. Pemakanan yang berlemak dan berkolestrol tinggi boleh menyebabkan terbentuknya flaks di dalam salur darah.

Seterusnya, kaedah merawat stroke juga adalah dengan menghentikan merokok sekiranya seorang pesakit itu adalah seorang perokok.  Hal ini kerana, merokok boleh menyebabkan dinding salur darah arteri mengeras dan hal ini menggalakkan lagi berlakunya perbekuan darah. Dalam masa yang sama, pesakit juga hendaklah mengelakkan daripada pengambilan daging merah dan banyak mengambil sayur-sayuran. Ini kerana, daging merah mengandungi banyak lemak, dan hal ini juga boleh menyebabkan salur darah mengeras dan pembentukan darah beku terhasil.

cara merawat stroke

Selain itu, pesakit yang menghidap penyakit stroke ini hendaklah sentiasa dilatih melakukan pergerakan-pergerakan fizikal bermula dari yang kecil sehingga kepada anggota tubuh yang besar. kaedah merawat stroke yang seterusnya adalah dengan mengajarkan atau melatih pesakit untuk menggerakkan organ kecil seperti jari-jemari, pergelangan tangan, siu, lutut, punggung dan bahu. Pesakit pada peringkat awakl tidak boleh melakukan aktiviti yang berat terlebih dahulu.

Seterusnya, seandainya terdapat perubahan yang positif pada pesakit, pesakit hendaklah diajarkan berjalan. Pada waktu permulaan ini, pesakit hendaklah berjalan dan diampu oleh tongkat. Kerana pada masa ini, pesakit masih belum kuat untuk bergerak. Setelah itu, pesakit hendaklah melakukan latihan keseimbangan. Di mana, pada waktu ini pesakit perlu menyeimbangkan posisi dan kestabilan diri dengan respon tindak balas tubuh sendiri. Seandainya pesakit masih belum boleh mengawal kestabilan diri, latihan di dalam air sangat berkesan untuk memberi daya apungan dan kestabilan kepada pesakit. Tambahan pula, latihan di dalam air ini tidak terlalu menyakitkan buat pesakit.

Demikian serba sedikit perkongsian tentang kaedah merawat stroke, semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.