Kesan Penyakit Resdung

Biasanya sinusitis berpunca daripada jangkitan bakteria dan selalunya berlaku selama beberapa hari. Ia sering terjadi akibat alahan pada hidung, lelah, asma dan pencemaran udara yang menyebabkan tindak balas keradangan. Selsema akibat jangkitan virus juga boleh menyebabkan ruang sinus tersumbat dan merebak kepada jangkitan bakteria. Sinusitis yang berlaku dalam keadaan sebegini dipanggil sinusitis akut. Sinusitis boleh berlarutan (lebih dikenali dengan  sinusitis kronik) selama beberapa bulan, malah beberapa tahun. Individu yang kerap mengalami sinusitis atau berlarutan selama lebih daripada tiga bulan juga dikatakan menghidap sinusitis kronik. Bakteria yang sering menyebabkan sinusitis akut adalah Streptococcus Pneumoniae, Haemophilus Influenza dan Moraxella Catarrhalis. Mikroorganisma tersebut serta Staphylococcus Aureus dan beberapa jenis anaerobes (bakteria yang boleh hidup tanpa oksigen) dan menyebabkan sinusitis kronik. Kulat juga boleh menyebabkan sinusitis kronik yang biasa berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai penyakit yang melemahkan sistem pertahanan badan seperti AIDS, leukemia dan kencing manis.

Di antara kesan penyakit resdung adalah masalah dengkur yang kronik. Jantung dan paru-paru yang sihat akan memastikan saluran pernafasan berfungsi dengan baik. Tetapi gangguan pada rentak jantung akan mengakibatkan sistem pernafasan terganggu dan tidak berlaku isyarat timbal balik oleh saraf yang mengawal diafragma (saluran di bawah paru-paru) yang mengawal pernafasan. Akibatnya paru-paru seperti tidak bernafas, tetapi masalah ini boleh diatasi ketika sedang sedar iaitu menarik dan menghembuskan nafas dengan sendiri. Tetapi ketika sedang tidur, saluran tersebut tidak dapat dikawal maka terhasil masalah berdengkur. Tabiat berdengkur mungkin dianggap gangguan kecil saja tetapi jika tidak dirawat, seseorang itu dipercayai akan berdepan risiko mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Bagi kanak-kanak, ia boleh meningkatkan risiko Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Mengubah gaya hidup dapat membantu mengurangkan masalah berdengkur dan jika ia masih tidak berjaya, doktor mungkin mencadangkan beberapa kaedah, iaitu pembedahan pada kerongkong secara tradisional atau laser untuk meluaskan laluan udara dan mengurangkan getaran tisu.

kesan resdung berdengkur

Selain itu, kesan penyakit resdung yang agak popular ialah sakit tekak yang kronik. Sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak. Penyebab sakit tekak biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu.

sakit tekak punca penyakit resdung

Akhir kata, kesan penyakit resdung sangat banyak dan di antaranya dibincangkan dalam artikel ini. Semoga ianya bermanfaat buat para pembaca.

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI