Kuruskan Badan Cara Selamat

Tahukah anda,bukan semua cara kuruskan badan adalah selamat diamalkan.Justeru,bagi sesiapa yang ingin atau sedang menguruskan badan,pastikan anda menggunakan cara yang selamat.Hah,tak tahu cara yang selamat?Oh,kalau tak tahu takpe.Boleh baca artikel ini kerana di sini artikel ini akan berkongsi maklumat tentang cara kuruskan badan cara selamat.Menjadi kurus merupakan impian oleh semua orang terutama bagi golongan yang mempunyai masalah berat badan.Namun,bukan semua orang tahu untuk kuruskan badan cara selamat.Terdapat pelbagai cara kuruskan badan cara selamat.

Tetapkan Matlamat Untuk Kurus

Pertama sekali,antara cara kuruskan badan cara selamat ialah tetapkan matlamat. Contohnya, tulis atas kertas besar-besar. Misi kita nak kuruskan badan 10% daripada berat kita sekarang dalam masa 6 bulan. Kalau berat kita sekarang ialah 80 kg. 10% ialah 8 kg. Jadi, sekitar hanya 1.3 kg sebulan. Mesti boleh punyalah! Yakin boleh!Selain itu,anda juga hendaklah turunkan berat badan secara konsisten. Penting untuk tidak terlalu ekstrem dalam usaha kuruskan badan anda. Disarankan untuk turunkan berat badan sekitar 0.5 kg seminggu. Bagaimana? Jaga pemakanan anda. Jangan ambil makanan tinggi kalori.Seterusnya,anda juga perlu kawal nafsu makan. Ini mungkin cabaran paling sukar. Makan apabila perlu, kerap dan lebih kecil bahagiannya setiap kali makan. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Kalau tak, nanti tersangat lapar bila tiba waktu makan tengahari.

Tingkatkan Aktiviti Fizikal Untuk Kurus

Di samping itu,cara lain untuk kuruskan badan cara selamat ialah pastikan anda meningkatkan aktiviti fizikal anda. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di taman tetapi cukuplah sekadar anda memastikan anda harus berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti meletakkan kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga berbanding menggunakan lif.

Akhir sekali,antara cara untuk kuruskan badan cara selamat ialah buat senaman ‘sit up’ dan ‘push up’ setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah ‘sit up’ dan ‘push up’ dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketulAnda juga diingatkan supaya lebihkan makan sayur . Ulam, sayur dan buah memang sangatlah bagus untuk kesihatan. Kurangkan jumlah nasi dan lebihkan makan 3 perkara ni dalam menu harian. Mula-mula memang payah juga anak tekak nak terima, tapi bila dah biasa pasti lebih senang. Badan pun lebih ringan dan lebih kurus.

Sebagai penutup,jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara untuk kuruskan badan cara selamat yang boleh anda praktikkan dalamm kehidupan seharian.Diharap artikel ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.