Kuruskan Badan Dengan Halia

Kuruskan badan dengan halia? Macam mana tu? Haa,kalau ada pembaca yang tidak pernah dengar tentang perkara ini,bacalah artikel ini dan anda akan mendapat jawapan terhadap persoalan-persoalan tersebut.Tahukah anda,halia mempunyai khasiat yang boleh menguruskan badan dan mencantikkan kulit?Namun,apa yang penting ialah anda tahu bagaimana cara menggunakan halia untuk mencapai kesan yang efektif terutama untuk menguruskan badan.Terdapat pelbagai cara untuk kuruskan badan dengan halia.

Halia Bantu Buang Angin Dan Toksin Dalam Badan

Pertama sekali,antara cara kuruskan badan dengan halia ialah halia berupaya untuk membuang angin & toksin di dalam badan.Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus).Lebih elok llagi,minuman tersebut tidak dicampur dengan gula kerana gula boleh memudaratkan kesihatan dan juga merupakan salah satu penyebab gemuk.Tanpa gula pun elok aje rasanya. Biarkan selama dua minit.Kemudian,air tersebut boleh diminum. Amalkan tips ini setiap hari,pasti angin dalam badan anda akan bebas terbuang dan badan pun akan kembali segar. Tak percaya?Cubalah, baru tahu.

Halia Berupaya Melangsingkan Badan

Seterusnya,antara cara kuruskan badan dengan halia yang lain ialah halia berupaya untuk melangsingkan badan.Perkara ini pasti ramai yang suka kan, sebut sahaja nak langsingkan atau cara untuk kuruskan badan pasti jadi isu hangat. Halia boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Caranya ialah hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas,madu dan juga sedikit perahan air limau nipis.Amalkan setiap hari.Pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan.Tambahan pula,harga halia cuma beberapa ringgit sahaja sekilogram, yang penting mahu buat atau tidak sahaja.

Akhir sekali,membuat minuman campuran juga merupakan salah satu cara kuruskan badan dengan halia.Caranya ialah sediakan 8 uncang teh hijau( sebaik-baiknya berkafein),8 cawan air ditapis,½ timun, dihiris nipis (saiz sederhana),1 oren besar dihiris nipis,1 lemon, dihiris nipis,1 sudu teh halia segar (diparut) dan 4 helai daun pudina segar.Cara membuatnya pula ialah panaskan air yang ditapis sehingga mendidih.Ambil air yang telah dididih  danrendamkan teh selama 5 minit.Sementara teh direndamkan, masukkan hirisan timun, oren dan lemon ke dalam periuk besar. Masukkan halia yang telah diparut.Apabila teh siap direndam, masukkan ke dalam periuk tadi yang mengandungi timun, oren,lemon dan halia tadi.Kemudin,masukkan daun pudina ke dalam periuk dan sejukkan di dalam peti selama 1 jam. Minuman campuran itu akan kekal segar selama 2 hari.Minuman campuran ini hampir sama dengan smoothies tetapi ia bebas dari kandungan gula. Dengan khasiat yang terkandung di dalam teh hijau, haba dari air panas yang menggelegak menarik semua nutrient daripada buah-buahan segar. Kemudian apabila disejukkan di dalam peti sejuk ia membantu memberhentikan proses memasak, jadi khasiat dan vitamin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan tidak terpisah.Amalkan minuman campuran ini setiap hari.

Kesimpulannya,sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai cara untuk kuruskan badan dengan halia.Jika anda tidak percaya,anda boleh mencubanya sendiri.Diharap anda semua memperoleh ilmu yang bermanfaat daripada artikel ini.