Kuruskan Badan Dengan Senaman

Jika menyebut tentang menguruskan badan,pasti ramai yang berfikir tentang senaman.Namun,adakah senaman yang dilakukan itu betul? Apakah senaman yang berkesan untuk menguruskan badan? Sekiranya persoalan-persoalan ini bermain di benak fikiran anda semua,usah runsing.Teruskan membaca artikel ini sehingga habis dan anda akan mendapat jawapan-jawapan kepada persoalan tersebut.Menguruskan badan merupakan impian bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan seperti yang kita sedia maklum,tidak asing lagi tentang kaitan senaman dan kuruskan badan.Haa,nak tahu cara kuruskan badan dengan senaman yang betul?Kalau nak tahu mari saya kupaskan.Terdapat pelbagai cara kuruskan badan dengan senaman.

Berjogging Boleh Menguruskan Badan

Pertama sekali,antara cara kuruskan badan dengan senaman yang paling mudah dan senang ialah melalui senaman kardio dan latihan kekuatan.Kardio mampu membakar lemak dengan lebih banyak, maka ramai yang suka melakukan aktiviti seperti berjoging, atau berlari. Melakukan aktiviti kardio selama satu jam adalah digalakkan, termasuk memanas dan merehatkan badan.Latihan kekuatan juga mesti dilakukan bersama dengan rutin senaman yang lain. Membina otot juga dapat mengurangkan berat badan.Ia dapat membakar sekurang-kurangnya 6 kalori setiap kali kita membuat senaman otot.

Latihan Kompaun Bantu Kuruskan Badan

Bukan itu sahaja,cara lain yang boleh digunakan untuk kuruskan badan dengan senaman ialah dengan membuat latihan kompaun.Latihan ini juga digalakkan kepada mereka yang baru dan ingin mencuba untuk bersenam dan mengurangkan berat badan.Senaman ini menggunakan lebih dari satu kumpulan otot untuk dilakukan dan dikatakan dapat meningkatkan kekuatan dan koordinasi antara bahagian-bahagian badan.Ini merupakan satu plan latihan yang mudah seperti diterangkan di atas. Kaum perempuan juga boleh mencuba senaman ini. Pastikan pada hari pertama, anda tentukan berapa berat yang anda mampu angkat untuk setiap senaman dan cuba tambah berat setiap kali anda bersenam supaya otot anda dapat menyesuaikan dengan berat yang baru. Cuba lakukan ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, berselang –seli setiap sesi. (Isnin- Set A, Rabu – Set B, Jumaat Set A, Isnin Set-B dan seterusnya)

Set A (Sets X Ulangan)

-3 X 5 Squats, 3 X 5 Tekan Tubi,3 X 5 Deadlifts

Set B (Sets X Ulangan)

-3 X 5 Squats, 3 X 5 Bench Press, 3 X 5 Power Cleans

Ini merupakan contoh senaman yang boleh dibuat.

Di samping itu,anda juga boleh kuruskan badan dengan senaman yang mudah iaitu skipping.Tahukah anda,sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit manakala 1000 kalori akan terbakar jika melakukannya selama sejam.Senaman tali skip membantu memperbaiki sistem kardiovaskular,memberikan stamina,fleksibiliti,dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran minda secara serentak .Ia juga merupakan salah satu senaman yang menguatkan tulang,otot paha,pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporosis.

Kesimpulannya,terdapat pelbagai cara kuruskan badan dengan senaman.Diharap agar para pembaca memperoleh input yang berguna daripada artikel ini.