Kuruskan Berat Badan

Kuruskan berat badan?Macam mana tu?Haa..kalau nak tahu,teruskanlah membaca artikel ini sehingga selesai.Darsawarsa,isu untuk menjadi kurus dan mempunyai badan yang lansing merupakan isu yang hangat dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.Hal ini kerana mempunyai badan yang kurus akan membuatkan diri kelihatan catik dan menawan.Namnu,bukan semua orang mempunyai berat badan yang ideal.Jika anda merupakan salah seorang daripadanya,teruskan membaca artikel ini kerana pada entri kali ini akan dikongsikan maklumat tentang cara untuk kuruskan berat badan.Terdapat pelbagai cara untuk kuruskan berat badan.

Makan Secara Perlahan-Lahan Membantu Kuruskan Badan

Antara cara untuk kuruskan berat badan ialah makanlah dengan perlahan-lahan.Nikmatilah makanan tersebut dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh.Hal ini kerana apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.Anda juga perlu mengunyah makanan kepada cebisan lebih kecil.Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia akan lebih mudah dihadam.Anda juga perlu mengamalkan makan dengan kerap tetapi kuantiti sedikit.Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Buat Diari Makanan Untuk Kuruskan Badan

Di samping itu,antara cara lain untuk kuruskan berat badan ialah dengan menyimpan satu diari makanan.Simpan satu diari makanan boleh memberi pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

Bukan itu sahaja,antara cara untuk kuruskan berat badan yang seterusnya ialah dengan menumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.Selain itu,cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Kesimpulannya,terdapat pelbagai cara untuk kuruskan berat badan yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian.Apa yang penting ialah diri anda sendiri.Jika anda sendiri betul-betul inginkan kurus,anda perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dan melakukannya dengan cara konsisten.Justeru,diharap anda semua berjaya menguruskan berat badan kepada berat badan yang ideal dan semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu.