Masalah Jeragat dan Rawatannya – Masalah jeragat merupakan masalah yang tidak asing dan popular dalam kalangan warga Asia umumnya dan Malaysia khasnya. Masalah ini terdapat dalam sepuluh jenis masalah kulit yang dihidapi oleh warga Asia, namun begitu ternyata golongan wanita lebih ramai yang menghidapinya berbanding golongan lelaki. Kawasan wajah yang mudah dihidapi jeragat bukan sahaja di pipi, malah jeragat juga boleh terjadi di kawasan hidung dan dahi. Oleh itu, setiap daripada kita sama ada lelaki mahupun perempuan haruslah mengetahui tentang masalah jeragat dan rawatannya. Apabila kita mendalami tentang masalah jeragat dan rawatannya, kita bukan sahaja tahu tentang apa itu jeragat, malah cara cara mengatasinya juga.

Oleh itu, di sini Izzati akan kongsikan beberapa maklumat tentang masalah jeragat dan rawatannya. 

Masalah jeragat dan rawatannya – Untuk pengetahuan semua, jeragat biasanya boleh berpunca daripada beberapa faktor iaitu kulit wajah terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran UV, malasah hormon ataupun penggunaan hormon seperti pil perancang untuk hamil atau selepas menapouse. Faktor yang ketiga ialah penggunaa kosmetik dan rawatan kulit yang tidak sesuai, dan ini juga mungkin berpunca daripada penggunaan produk yang murah dan tidak berkualiti. Selain itu, faktor keturunan juga boleh menjadi penyebabnya.

Dalam mengatasi dan menangani masalah ini, kita perlu tahu tentang rawatannya juga. Dalam mengetahui tentang masalah jeragat dan rawatannya, pembaca harus tahu juga selain menggunakan bahan bahan kosmetik di pasaran, jeragat juga boleh dirawat secara semulajadi. Oleh itu, jeragat boleh dirawat dengan beberapa cara seperti :

 

  • Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati

masalah jeragat dan rawatannya menggunakan beras

 

  • Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

masalah jeragat dan rawatannya menggunakan tepung

  • Minum air dengan cukup sekurang kurangnya  tiga hingga lima liter sehari. Air yang mencukupi boleh membantu mengurangkan masalah kulit dan mengembalikan kulit yang sihat.

 

  • Lindungi kulit and dengan menggunakan krim tabir suria yang boleh melindungi kulit anda daripada cahaya matahari, dapatkan tidur yang mencukupi dan istirehat

 

  • Pastikan alat make up yang digunakan adalah yang berkualiti, lakukan urutan muka yang boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan kulit anda.

 

  • Kebiasaannya, masalah jeragat akan berlaku pada kulit yang kering. Oleh itu, penggunaan moisturizer yang sesuai untuk kulit adalah sangat penting

 

  • Elakkan daripada menggunakan produk penjagaan kulit (skincare) yang mengandungi hidrokinon. Elakkan juga menggunakan produk yang boleh mengelupaskan kulit kerana ia akan menghakis kulit dan menipiskan kulit anda.

 

Memandangkan ramai antara kita mengalami masalah seperti ini, oleh itu kita seharusnya lebih peka tentang masalah jeragat dan rawatannya. Ini adalah kerana punca punca masalah jeragat haruslah diketahui sebelum langkah langkah merawat dilakukan. Dalam merawat masalah ini, pembaca juga harus peka tentang pemakanan yang diambil seharian. Makanan yang sihat akan menyumbang kepada kulit yang sihat, dan sebaliknya.