Masalah keputihan dan cara mengatasi – Keputihan ialah masalah normal yang biasa berlaku dalam kalangan wanita sama ada sudah berkahwin atau belum berkahwin, malahan wanita yang sudah mengandung. Secara normalnya, keputihan yang terjadi pada wanita adalah disebabkan oleh badan kita yang sering mengeluarkan atau merembeskan sejenis bahan untuk memastikan keseimbangan PH pada bahagian vagina. Bahan yang dirembeskan biasanya bersifat asid bagi memastikan keseimbangan PH di sekitar vagina.

Apakah itu masalah keputihan? Masalah keputihan akan dialami oleh setiap wanita. Masalah keputihan yang terhasil dan yang biasa berlaku biasanya seperti warna putih yang cair ataupun seperti kekuningan sikit. Masalah ini juga boleh terjadi dalam bentu k tompokan putih. Perubahan warna ataupun keadaan keputihan disebab seperti kitaran haid, tekanan emosi, status pemakanan, kehamilan, penggunaan ubat – termasuk pil kawalan kelahiran, dan rangsangan seksual.

Adakah masalah keputihan ini berbahaya kepada wanita? Masalah keputihan ini boleh menjadi berbahaya kerana ia akan menyebabkan kegatalan pada vagina dan boleh menyebabkan jangkitan kulat. Kebanyakan masalah keputihan akan menyebabkan kenaikan dan munculnya ruam ruam di sekitar faraj. Jika tidak diubati, keputihan yang dialami akan semakin banyak dan semakin berbau busuk. Ada juga keputihan yang teruk hingga ke tahap yang teruk kegatalan boleh menyebabkan pedih bila membuang air kencing. Salah satu sebabnya ia boleh mempengaruhi tahap kesuburan wanita yang sudah sedia merancang kehamilan.

Oleh itu, setiap daripada wanita perlu tahu tentang cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan dan merawat masalah keputihan yang berlaku. Antaranya ialah :

1) Masalah keputihan boleh dirawat dengan menggunakan yogurt iaitu dengan cara menyapukan yogurt pada vagina. Yogurt merupakan antara bahan yang mampu untuk bunuh kuman ataupun kulat yang ada pada vagina.

merawat masalah keputihan dengan yogurt

2) Selain itu, biji halba juga boleh dijadikan sebagai bahan merawat keputihan. Biji halba boleh direbus dan diminum air rebusan tersebut.

3) Sterusnya, bahan anti bakteria seperti bawang putih mampu untuk membunuh bakteria dan kulat pada vagina. Caranya ialah dengan menempek bawang putih ketika hendak tidur dan dibuang pada keesokkan paginya.

merawat masalah keputihan dengan bawang putih

4) Kekerapan menukar seluar dalam dan memastikan keadaan seluar dalam sentiasa dalam keadaan bersih adalah amat penting untuk mengelakkan daripada bakteria merebak pada vagina.

Selesaikan masalah keputihan yang membelenggu diri anda sekarang. Jangan biarkan ia berlarutan kerana ia akan mengundang pelbagai masalah lain pada masa akan datang. Bahagian intim wanita sangat mudah terkena jangkitan bakteria. Anda kini harus lebih peka terhadap masalah keputihan serta cara cara untuk mengatasi dan merawatnya agar tidak menjadi lebih teruk dan menjejaskan tubuh badan.

Bagi wanita yang sedang hamil, anda tidak perlu risau sekiranya faraj anda menghasilkan lelehan atau rembesan yang lebih banyak daripada biasa. Itu adalah normal. Walau bagaimanapun, anda perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap kebersihan dan penjagaan faraj untuk mengelekkan masalah keputihan melanda.