Panduan Merawat Stroke

Stroke merupakan penyakit yang juga dikenali sebagai angin ahmar. Penyakit angin ahmar ini adalah disebabkan oleh berlakunya kegagalan membawa darah yang mengandungi oksigen ke otak. Hal ini menyebabkan otak tidak memperoleh oksigen yang mencukupi untuk menghantar maklumat kepada anggota tubuh badan agar dapat bereaksi dengan baik. Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh faktor iskemia atau faktor pendarahan.

Iskemia merupakan faktor stroke yang disebabkan oleh berlakunya pembentukan darah beku di dalam salurah darah. Samada pada saluran darah arteri atau vena. Namun kebiasaannya pembekuan darah terjadi pada salur darah arteri.

peyakit stroke menyebabkan perubahan fizikal

Faktor pendarahan pula terjadi apabila terdapat pendarahan atau luka pada salur darah pada otak. Hal ini menyebabkan darah yang mengalir ke otak kekurangan oksigen dan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini menyebabkan anggota tubuh pesakit menjadi lumpuh. Artikel kali ini akan membincangkan tentang panduan merawat stroke.

Merawat pesakit stroke bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana, rawatan hendaklah dilakukan dengan kesabaran dan penuh tertib. Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk merawat pesakit stroke adalah dengan menjaga gaya pemakanan pesakit. Pesakit yang menghidap stroke adalah dilarang mengambil makanan yang berkolestrol tinggi dan berlemak. Hal ini kerana, selain daripada pembentukan darah beku dan pendarahan, stroke juga disebabkan oleh terbentuknya plak yang menghalang pengaliran darah di dalam arteri atau vena. Plak adalah terdiri daripada kolestrol dan lipid yang tidak boleh larut di dalam bendalir.

Dalam masa yang sama, pesakit adalah dilarang mengambil daging merah. Hal ini kerana, kandungan lemak yang banyak di dalam daging merah boleh menyebabkan dinding arteri atau vena mengeras. Dan pengerasan ini memudahkan lagi berlakunya pembekuan darah di dalam salur darah.

latihan berjalan untuk pesakit stroke

Panduan merawat stroke yang seterusnya adalah dengan mengajarkan pesakit menggerakkan anggota atau organ-organ kecil seperti jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan punggung. Pesakit hendaklah sentiasa melakukan latihan ini agar daat meransang pergerakan anggota tersebut dan mengelakkan ia terus tidak dapat digunakan.

Dalam masa yang sama, panduan merawat stroke yang seterusnya adalah dengan melatih pesakit untuk berjalan. Hal ini dilakukan sekiranya terdapat perubahan positif terhadap pesakit untuk menggerakkan organ-organ kecil. Pada masa ini, pesakit hendaklah melakukan latihan ini dengan bantuan bantuan tongkat untuk mengampu tubuh pesakit. Walaupun pesakit sudah boleh bergerak namun, pesakit masih tidak dibenarkan melakukan pergerakan yang besar.

Panduan merawat stroke yang seterusnya ialah dengan malukan latihan keseimbangan. Pada masa ini, pesakit perlu mengawal keseimbangan diri dengan menggunakan gerak tubuh secara spontan. Pada masa ini, pesakit perlu mengawal keseimbangan berat badan. Namun sekiranya pesakit tidak mampu mengawal keseimbangan tubuh, latihan di dalam kolam renang sangat baik untuk meningkatkan daya keseimbangan tubuh.

Demikian serba sedikit perkongsian tentang kaedah merawat stroke. Semoga perkongsian ini dapat memberik manfaat kepada semua pembaca.