Penawar Darah Rendah

Hah?Darah Rendah?Darah Rendah Tu Apa?Darah rendah merupakan penyakit yang sering dialami oleh rakyat Malaysia.Namun,ada segelintir masyarakat yang menganggap ia adalah masalah pening biasa atau masalah dehidrasi.Malah,ada juga yang tidak mengambil serius tentang penyakit ini sedangkan penyakit ini boleh mengancam nyawa.Menurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.Katanya lagi, tekanan darah rendah merupakan suatu situasi yang boleh dirawat dan apa yang penting adalah untuk mengetahui apakah punca sebenar berlakunya tekanan darah rendah.Begitupun, Dr. Ismail mengingatkan bahawa tekanan darah sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti emosi, tahap tekanan, aktiviti fizikal, keadaan semasa (demam atau tidak), saiz tubuh badan, posisi badan, makanan yang diambil serta suhu persekitaran dan disebabkan itulah bacaan tekanan darah boleh berubah-ubah dalam selang masa yang singkat dan kebiasaannya bacaan tekanan darah lebih rendah pada waktu malam.

Pengambilan Garam Bagi Meningkatkan Tekanan Darah

Terdapat beberapa penawar darah rendah termasuklah makan lebih garam dalam diet anda.Hal ini kerana garam bertindak untuk menyerap air di dalam badan sekaligus dapat membantu meningkatkan tekanan darah. Namun,garam tidak boleh diambil secara berlebihan kerana akan memberi kesan buruk kepada jantung.Seterusnya,minum lebih banyak air terutama pada waktu panas dan ketika anda sakit seperti selsema.Air ini dapat meningkatkan lagi kandungan darah dan akan memberi peningkatan kepada tekanan darah.Air yang mengandungi kandungan kalium dan natrium amat digalakkan seperti contoh Oral Rehydration Salt,ORS.

Aktiviti Senaman Bagi Meningkatkan Tekanan Darah

Bukan itu  sahaja,antara cara penawar darah rendah ialah anda juga perlu bersenam untuk menggalakkan pengaliran darah.Apabila kita bersenam,jantung akan mengepam darah dengan lebih laju.Jadi, tekanan darah juga dapat ditingkatkan.Selain itu,anda juga perlu mengubah posisi badan anda secara perlahan lahan ketika bangun daripada tidur.Tarik nafas panjang selama beberapa minit,kemudian duduk perlahan-lahan dan kemudian barulah berdiri.Tidur dengan kepala tinggi sedikit dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.

Seterusnya,pakai stoking elastik juga merupakan salah satu penawar darah rendah.Pemakaian stoking jenis ini mampu mengurangkan darah turun ke bawah dan juga mampu mengekalkan darah di bahagian atas badan.Akhir sekali,anda juga perlu makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi seperti nasi,pasta,roti dan kentang perlu dikurangkan bagi mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Sebagai penutup,diharap para pembaca dapat mengamalkan penawar darah rendah yang dikongsikan dalam artikel ini.Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan semoga disembuhkan dari penyakit ini sekiranya anda mengidap penyakit ini.Artikel ini bukanlah sebagai satu medium yang dapat membantu anda secara 100% tetapi dibuat untuk dikongsikan sedikit ilmu yang ada yang boleh anda gunakan untuk kebaikan diri anda.