Penawar Darah Tinggi Dan Kencing Manis

Anda pengidap penyakit darah tinggi mahupun kencing manis??Atau kedua-duanya sekali??Masih mencari penawar yang sesuai?Di sini ada penyelesaiannya.Tekanan darah tiinggi memberikan tekanan kepada saluran darah.Ia boleh mmenyebabkan saluran darah tebal dan rosak yang mengakibatkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk menolak darah melaluinya.Perubahan ini boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung atau lebih dikenali sebagai strok.Manakala,kencing manis pula merupakan salah satu penyakit yang terjadi akibat kandungan glukosa berlebihan di dalam darah atau secara perubatannya dikenali sebagai hyperglycaemia.Penyakit ini berpunca daripada pankreas di dalam badan yang tidak cukup menghasilkan hormon insulin untuk memecahkan glukosa.Apabila tahap glukosa meningkat lebih dari tahap tertentu,glukosa berlebihan akan masuk ke dalam air kencing.Kencing manis terbahagi kepada dua iaitu jnis 1 iaitu “Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin) dan jenis 2 iaitu “Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin).Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.Jenis 1 biasanya dihidap oleh kanak-kanak dan remaja.Namun,setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati.Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: “Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Tips Makanan Untuk Penawar Darah Tinggi Dan Kencing Manis

 

Terdapat beberapa penawar darah tinggi dan kencing manis.Menurut laman sesawang yang saya baca di wanfauzi.com,antara caranya ialah dengan menggunakan 1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus),3 batang serai makan,7 biji halba.Caranya ialah ketuk 3 batang serai makan dan masuk ke dalam kelapa muda.Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda.Kemudian,kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa.Akhir sekali,letakkan kelapa di atas dapur/api.Minumlah airnya dalam keadaan suam.1 biji kelapa untuk 2 hari minum.Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Herba Untuk Penawar Darah Tinggi Dan Kencing Manis

Seterusnya,antara penawar darah tinggi dan kencing manis ialah mengambil herba dalam pemakanan.Antara herba yang boleh diambil bagi memulihkan penyakit ini ialah kulit kayu manis,jintan hitam,daun bidara,peria kata dan rumpai laut.Herba-herba seperti ini sangat baik untuk penyakit kencing manis.Bagi darah tinggi pula,herba yang boleh diambil ialah daun kayu putih,pandan wangi,daun saderi,buah belimbing,buah mengkudu,timun,daun kucai,akar patawali,pucuk gelugur dan buah epal.

Bukan itu sahaja,antara penawar darah tinggi dan kencing manis ialah dengan menggantikan makanan karbohidrat yang diproses secara berlebihan tersebut (highly refined processed foods) yang kosong dgn nutrien seperti gula merah, gula perang asli, molasses, gula tebu organik, jaggery cane sugar, beras rebus (parboiled rice), beras perang, tepung gandum atta, tepung gandum penuh (wholemeal wheat flour), bijirin oat, tepung suji, pulut hitam, kacang hijau dan sebagainya. Makanan wholefoods ini kaya dengan nutrien, mineral, antioksidan, serat, vitamin yang boleh menukarkan molekul glukos kepada kalori yang berkesan di dalam tubuh badan.Penawar ini baik untuk penyakit kencing manis.

Sebagai penutup,diharapkan para pembaca dapat menambahkan sedikit ilmu tentang penawar darah tinggi dan kencing manis daripada artikel ini.Semoga semuanya dalam keadaan sihat selalu.