Penawar Darah Tinggi Yang Mujarab

Hai semua.Apa khabar?.Sihat?.Hah?.Kurang sihat?Sakit darah tinggi?.Oh.Jangan gelabah dan jangan sedih.Penyakit darah tinggi ini masih boleh dikawal dengan baik jika anda semua tahu caraanya.Jika anda tidak tahu apa cara yang perlu dilakukan,jemputlah membaca artikel ini kerana artikel kali ini akan mengupas tentang isu penawar darah tinggi yang mujarab.Haa mesti tak sabar kan nak tahu.Jadi, apa tunggu lagi,jom lah baca artikel ini sampai habis,in shaa Allah sedikit sebanyak dapat membantu anda terutama bagi mereka yang mengidap penyakit darah tinggi ini.Terdapat pelbagai penawar darah tinggi yang mujarab yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian anda.

Bulu Jagung Sebagai Penawar Darah Tinggi

Antara penawar darah tinggi yang mujarab ialah ambil satu mangkuk bulu jagung.Kemudian,rebuskan bulu jagung tersebut bersama dua gelas air.Biarkan ia mendidih sehingga airnya tinggal lebih kurang satu gelas dan selepas itu,minumlah air tersebut sebanyak 2 kali pada hari pertama,1 kali pada hri kedua,1 kali pada hari ketiga,2 kali pada hari keempat dan pada hari seterusnya secara silih berganti.Dengan izin Allah,tekanan darah tinggi anda akan menurun jik diamalkan berpanjangan.Petua seterusnya ialah sediakan satu batang pokok belimbing tanah.Kemudian rebus dan minum airnya sebanyak 2 kali sehari.

Pelepah Daun Cermai Bagi Merawat Darah Tinggi

Selain itu,antara penawar darah tinggi yang mujarab ialah ambil tujuh pelepah daun cermai.Kemudian rebus dengan satu liter air dan sebaik sahaja air tersebut mendidih,keluarkan daun cermai itu dengan segera.Setelah air itu sejuk sedikit,minum air rebusan tersebut sebanyak 2 kali sehari dan cuba betanya pada doktor samada terdapat perbezaan sebelum dan sesudah mengamalkan penawar ini.Di samping itu,petua lain yang boleh diamalkan ialah ambil satu gelas air kelapa muda dan campurkan sedikit dengan kopi dan sebuku garam jantan.Kemudian kacau sehingga sebati dan minum air tersebut.Amalkan sebanyak dua kali seminggu bagi menurunkan tekanan darah.

Seterusnya,penawar darah tinggi yang mujarab lain yang boleh anda amalkan ialah amalkan makan dua ulas bawang putih setiap hari selama seminggu dan lihat hasilnya.Bawang putih tersebut perlu dibakar terlebih dahulu atau satu cara lagi ialah ambil tiga ulas kecil bawang putih.Kemudian,tumbuk dan campurkan ke dalam segelas air masak dan minum setiap hari selepas mengambil sarapan.Amalkan penawar ini setiap hari selama seminggu.Dikhabarkan, hasilnya sangat berkesan,in shaa Allah.Akhir sekali,penawar darah tinggi yang mujarab seterusnya ialah kurangkan natrium dalam diet anda.Walaupun pengurangan natrium dalam jumlah yang kecil dalam diet anda,tetapi ia dapat mengurangkan sebanyak 2 hingga 8 mmHg.Antara cara untuk mengurangkan natrium dalam diet anda ialah kurangkan pengambilan garam dalam pemakanan.Buat satu diari makanan dan catatkan seberapa banyak garam yang telah anda ambil pada hari tersebut.Pastikan,garam yang anda ambil tidak melebihi 200 gram sehari.

Konklusinya,terdapat pelbagai penawar darah tinggi yang mujarab yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian.Diharap maklumat dalam artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu anda mengurangkn tekanan darah tinggi.