Penawar Darah Tinggi

Darah Tinggi Naik Lagi?? Masih Mencari Penawar Darah Tinggi?? Usah bimbang kerana artikel pada kali ini akan mengupas tentang isu penawar darah tinggi.Seperti yang kita ketahui,penyakit darah tinggi ini sudah sering didengari dan tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia.Walaupun penyakit ini masih boleh dikawal,namun,masih ada segelintir daripada penghidap penyakit ini tidak mengendahkannya.Sekiranya keadaan ini berterusan,peratus kematian akibat darah tinggi akan meningkat akibat dari kelalaian dalam mengawal penyakit ini.Justeru,bagi yang mengidap penyakit darah tinggi ini mahupun ada saudara mara,ahli keluarga atau sahabat handai yang mengidap penyakit ini bolehlah mencuba penawar darah tinggi yang akan dikongsikan untuk kegunaan bersama dalam artikel ini.Terdapat pelbagai kaedah penawar darah tinggi.

Jus Belimbing Sebagai Penawar Darah Tinggi

Antara penawar darah tinggi yang boleh digunakan ialah meminum jus air belimbing atau blend buah epal hijau dan membuat jus.Ini kerana buah buahan seperti ini mempunyai vitamin yang mampu mengawal tekanan darah.Selain itu,apabila tekanan darah meningkat,duduk berehat dan tenankan fikiran.Jangan memikirkan masalah-masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda.Sekiranya anda terus memikirkan hal tersebut,anda akan menjadi stress dan mengakibatkan peningkatan tekanan darah.Seterusnya,elakkan daripada makan makanan yang bergaram.Makanan yang dibeli juga perlu mempunyai kandungan garam yang rendah sahaja,Lebih elok lagi sekiranya anda berhenti mengambil garam dalam pemakanan atau kurangkan 90% garam.

Khasiat Ulam Ulaman Yang Mampu Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

 

Bukan itu sahaja,antara penawar darah tinggi ialah anda juga digalakkan untuk memakan masakan yang berstim seperti ikan yang di stim dan sebagainya dan juga lebihkan pengambilan sayur-sayuran dalam pemakanan terutama sekali ulam ulaman atau raw salad sepeti tomato,timun.sawi dan sebagainya.Elakkan makan makanan bergoreng dan makanan segera seperti kfc dan sebagainya juga merupakan sakah satu penawar darah tinggi.Seterunya,sekiranya anda mendapat ubat daripada doktor,makanlah ubat tersebut mengikut masa yang ditetapkan.

Di samping itu,penawar darah tinggi yang boleh digunakan ialah membeli kapsule bawang putih seberat 300 gram dan memakannya sebanyak 3 kali sehari.And juga boleh mengambil minyak ikan berkapsul atau dikenali sebagai Cod Fish Oil dalam pemakanan.Anda juga boleh mencuba cara ini iaitu ambil seikat daun kucai.Kemudian,tumbuk sehingga lumat dan perah sehingga megeluarkan air.Minum air tersebut selama sebulan.Selain itu,anda juga boleh mengambil daun mengkudu masak.Kemudian,ambil airnya dan tapis.Minum air tersebut pada waktu pagi sebelum anda memakan sesuatu.Amalkan selama seminggu.Penawar darah tinggi yang seterusnya ialah ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air tersebut sebanyak 2 kali sehari.

Konklusinya,terdapat pelbagai penawar darah tinggi yang anda boleh amalkan sama ada dari segi makanan mahupun fizikal.Namun,usaha dan komitmen menjadi tunjang utama untuk anda mengamalkan penawar darah tinggi ini sehingga kembali pulih.Tanpa usaha dan komitmen,anda tidak akan berjaya mengubah nasib hidup anda.Anda mampu mengubahnya.