Pencegahan Penyakit Stroke

Penyakit stroke juga turut dikenali sebgai penyakit angin ahmar. Penyakit angin ahmar ini terjadi adalah apabila otak manusia tidak dapat berfungsi dengan baik. Kegagalan otak berfungsi dengan baik adalah mungkin disebabkan oeh dua faktor. Di mana kedua-dua faktor ni adalah turut menjadi jenis-jenis penyakit stroke.
Stroke iskemia. Stroke jenis ini adalah yang sering menyerang sebilangan besar pesakit stroke di Malaysia. Stroke jenis ini adalah terbentuk akibat daripada salur darah yang tersumbat. Salur darah yang tersumbat adalah berpunca daripada pembekuan darah di dalam salur darah ataupun terbentuknya plak. Plak merupakan satu gumpalan yang terdiri daripada lipid dan kolestrol. Kedua-dua lipid dan kolestrol ini adalah bahan yang tidak larut di dalam bendalir. Maka terkumpulnya elemen-elemen ini di dalam salur darah menyebabkan terbentuknya plak.

berhenti merokok mengelakkan stroke
Stroke pendarahan. Stroke jenis ni pula terjadi apabila terdapat pendarahan atau ‘kebocoran’ pada salur darah manusia di kepala. Dan sekiranya hal ini terjadi otak manusia tidak akan dapat memperoleh bekalan oksigen yang mencukup. Dan pergerakan atau aktiviti otak tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Artikel kali ini akan membincangkan tentang pencegahan penyakit stroke. Setiap penyakit pasti mempunyai penawar kecuali kematian. Dan mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengubah gaya hidup ke arah hidup yang sihat.
Langkah pencegahan penyakit stroke yang boleh dipraktiskan adalah dengan mengubah gaya pemakanan seharian. Lazimnya, pesakit yang mengalami penyakit stroke ini adalh terdiri daripada individu yang mempunyai penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Hal ini demikian kerana, kandungan lemak yang tinggi dalam pemakanan seharian akan menyebabkan dinding pembuluh darah akan mengeras. Maka pembentukan darah beku lebih mudah terhasil. Dan hal ini akan menyumbang kepada tersumbatnya salur darah dan juga menyebabkan stroke.
Seterusnya, setiap individu juga hendaklah menjauhi rokok. Merokok merupakan sau tabiat yang tidak sihat. Selain merosakkan paru-paru, merokok juga boleh menyebabkan darah anda membeku dengan mengerasnya pembuluh darah. Dalam masa yang sama, mengambil minuman yang beralkohol dan bersoda juga sangat berpotensi tinggi untuk menyumbang kepada penyakit stroke.

minuman beralkohol menyebabkan stroke
Langkah pencegahan penyakit stroke yang seterusnya adalah dengan sentiasa bijak mengawal stress. Hal ini mungkin nampak kecil, namun tatkala anda mengalami stress yang melampau, hal ini akan menyebabkan tekanan darah anda akan meningkat. Seterusnya, pembuluh darah anda juga akan mengeras dan menyebabkan hemoglobin akan menggumpal.
Dalam masa yang sama juga, setiap individu hendaklah rajin bersenam dan beriadah. Dengan bersenam, pergerakan jantung akan menjadi lebih efektif dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar. Pengambilan garam juga hendaklah dikurangkan di dalam pemakanan seharian. Hal ini kerana, garam merupakan penyumbang kepada penyakit darah tinggi.
Demikian serba sedikit perkongsian tentang langkah pencegahan penyakit stroke yang dapat diamalkan bersama-sama untuk mendapatkan kehidupan yang sihat pada masa akan datang. Semoga artikel kali ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.