Penyakit Darah Tinggi

Apa itu penyakit darah tinggi?Apa kesannya kepada tubuh badan?Adakah darah tinggi merupakan penyakit yang merbahaya?Jadi,untuk mengetahui jawapannya marilah membaca artikel ini. Artikel pada kali ini akan mengupas tentang penyakit darah tinggi. Setiap orang mempunyai tekanan darah.Apabila jantung mengepam darah melalui arteri,akan terhasilnya satu daya tenaga pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung tersebut dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.Tekanan darah dicatatkan dalam dua angka dan dibahagikan kepada dua iaitu angka diatas atau dikenali sebagai tekanan darah sistolik dan angka dibawah atau dienali sebagai tekanan darah diastolik contohnya 140/75.

Bacaan Tekanan Darah

Angka di atas atau tekanan darah sistolik mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar.Manakala, angka di bawah atau tekanan darah diastolik mengukur tekanan apabila jantung berehat.Tekanan darah berbeza setiap hari mengikut aktiiviti yang kita lakukan.Oleh itu,pemeriksaan tekanan darah perlu dilakukan selalu bagi mengambil purata bacaan tekanan darah tinggi yang tepat.Apabila anda dikatakan mengidap penyakit darah tinggi,ini bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan membuatkan jantung anda terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat bagi mengatasi kesempitan itu.Apabila keadaan ini berlaku,darah akan mengalir dengan laju dan memberikan tekanan tinggi pada dinding saluran darah sebagai laluan ke tisu badan.Akhirnya,mendapan lemak akan terkumpul pada dinding saluran darah dan menyebabkan arteri menjadi keras.Oleh itu,jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang keras dan sempit ini.

Berjumpa Dengan Doktor Untuk Mengetahui Tekanan Darah

Apabila keadaan tersebut berlaku,tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm Hg bagi tekanan darah sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan darah diastolik,walaupun anda sedang berehat.Kadang-kadang darah beku yang tersangkut di saluran arteri yang sempit ini boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung atau lebih dikenali sebagai penyakit strok.Tekanan darah tinggi ini tidak menunjukkan sebarang tanda tanda atau gejala dan kerana itu penyakit ini dikenali sebagi ‘pembunuh senyap’.Jadi, untuk mengetahui sama ada anda penghidap penyakit darah tinggi ini ataupun tidak,anda perlulah membuat pemeriksaan dengan doktor.Penyakit ini juga mampu membawa kepada masalah yang lebih serius.Namun, penyakit ini masih boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan anda mengidap penyakit darah tinggi.Anatra faktor utama ialah sekiranya anda seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga yang mengalami penyakit strok pada usia muda.Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan dan juga disebabkan oleh diri anda sendiri seperti merokok,suka memakan makanan yang tinggi lemak dan tidak bersenam secukupnya.Faktor-faktor yang datang daripada kesalahan diri anda sendiri boleh dikawal dan diuruskan dengan baik bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.

Akhir sekali,penyakit darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang boleh membawa maut.Justeru,diharapkan para pembaca sentiasa berwaspada dan menjaga kesihatan dengan baik.