Penyakit Gout

Apa itu penyakit gout?? Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.Pesakit yang mengidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. Asis urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipedemia Jenis IV, kencing manis dan darah tinggi.Penyakit gaut mempunyai peringkat tertentu.

Tahap Penyakit Gout

Antara peringkat gout ialah asimptomatik,akut,interkritikal dan kronik.Pada peringkat pertama iaitu asimptomatik, aras asid urik plasma bertambah tanpa memounyai sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua iaitu akut. Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu akan memasuki peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau tahun.Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.Pada peringkat terakhir iaitu kronik, serangan-serangan gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang pada ginjal juga boleh terjadi.

Ambil Air Secukupnya Bagi Mengelakkan Gout

Terdapat pelbagai cara untuk mencegah penyakit gout ini.Antara cara mencegahnya ialah pastikan minuman yang diambil hendaklah melebihi 2 liter sehari. Orang yang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih berbanding dengan orang yang bekerja ringan. Masalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.Seterusnya,elakkan memakan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.Selain itu,
elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana dan lain-lain.Buah-buahan jeruk basah seperti jeruk mangga, ceremai dan jeruk anggur juga perlu dielakkan.Bukan itu sahaja,elakkan memakan mi segera seperti maggi dan sebagainya.

Penyakit gout juga boleh dirawat menggunakan rawatan tradisional.Antara rawatan tradisional yang boleh dilakukan ialah ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian, rebuskannya iaitu buat sup bersama dengan kaki ayam dan pastikan ayam tersebut bukan ayam kampung.Kemudian,minum sup tersebut dan makan kaki ayam tersebut.Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

Konklusinya,penyakit gout adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.Semoga anda semua memperoleh manfaat dari artikel ini.

 

BERITA BAIK UNTUK ANDA YANG MASIH TERCARI-CARI PENAWAR & PENYELESAIAN SAKIT GOUT YANG SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN. SAMPAI BILA MAHU BERGANTUNG KEPADA UBAT TAHAN SAKIT SAHAJA. ANDA TAHUKAN IANYA MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN BUAH PINGGANG ANDA?

JANGAN RISAU LAGI.. KLIK GAMBAR DIBAWAH INI.

UBAT PENAWAR PENYAKIT GOUT

ISTIMEWA UNTUK PESAKIT GOUT – KLIK SINI