Penyakit Resdung

Resdung merupakan masalah keradangan pada rongga sinus dalam tulang muka dimana kedudukannya bersambung dengan hidung.  Kebiasaannya rongga sinus ini menghasilkan lendir setiap masa dan ianya akan mengalir ke bahagian hidung. Sekiranya saluran sinus tersumbat, lendir akan terkumpul dan menjadi pekat sehingga mengakibatkan pembiakan bakteria berbahaya dan jika masalah ini tidak dirawat lama kelamaan kesihatan kita akan mula terjejas. Sekiranya hidung sering mengalami gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutamanya sewaktu pagi serta merta sering berair maka kemungkinan anda berisiko mengalami masalah penyakit resdung atau sinusitis. Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. Manakala resdung pula merupakan istilah Melayu yang biasa digunakan dan dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung dirangkumi oleh istilah tersebut.

Penyakit resdung adalah disebabkan alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Ini akan menyebabkan udara tak dapat dikeluarkan dan terkumpul. Akibatnya kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Selain itu, jika struktur hidung yang tidak normal samada diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan juga boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Malahan bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang senget dan tidak lurus (deviated nasal septum), juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung. Masalah kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi sebelah atas juga boleh mengakibatkan resdung. Kuman atau bakteria yang terhasil akibat dari kerosakan atau sakit gigi akan dengan mudah merebak ke rongga sinus dan mengakibatkan resdung. Ini adalah kerana kedudukan gigi gusi atas yang sangat berhampiran dengan rongga sinus.  Tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang kepada permasalahan ini.

penyebab resdung

 

Tambahan lagi, kesan penyakit ini didapati terlalu banyak dan kebiasaannya mereka mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gatal-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan kerap berasa sakit kepala. Namun, lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata dan akibatnya anda boleh hilang deria penglihatan. Apa yang lebih mengerikan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

penyakit resdung

Oleh itu, sebaiknya anda rawati penyakit resdung ini supaya ianya tidak menjejaskan sistem ketahanan tubuh badan dan kekal sihat.

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI