Penyebab Penyakit Stroke

Penyakit stroke merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang mula menyerang sesetengah individu dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Penyakit stroke juga turut dikenali sebagai penyakit angin ahmar. Kebiasaannya pesakit yang mengalami penyakit stroke ini akan mengalami kelumpuhan pada beberapa anggota tubuh badan seperti tangan, kaki dan separuh badan. Artikel kali ini akan membincangkan tentang penyebab penyakit stroke.
Penyakit stroke lazimnya dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ialah stroke iskemia. Manakala yang kedua ialah stroke pendarahan. Jenis-jenis stroke ini adalah ditentukan berdasarkan bagaimana penyakit stroke itu terhasil.
Stroke iskemia merupakan serangan stroke yang disebabkan oleh salur darah manusia yang tersumbat.

salur darah tersumbat menyebabkan strokePenyumbatan salur darah ini adalah disebabkan oleh pembentukan darah beku atau plak di dalam salur darah manusia yang menyebabkan darah sukar mengalir ke otak manusia. Salur darah yang tersumbat bukan sahaja disebabkan oleh terbentuknya darah beku, malah juga disebabkan oleh terbentukya plak. Plak terdiri daripada lemak dan lipid yang tidak larut di dalam air. Terkumpulnya elemen-elemen ini di dalam salur darah menyebabkan salur darah terseumbat dan darah yang membekalkan oksigen kepada otak tidak dapat mengalir dengan sempurna.
Seterusnya, stroke pendarahan. Stroke jenis ini adalah terjadi apabila berlaku pendarahan pada sistem salur darah manusia. Hal ini menjadikan otak manusia tidak dapat memperoleh bekalan oksigen yang mencukupi untuk mengawal setiap pergerakan manusia.
Penyebab penyakit stroke yang pertama ialah dengan meningkatnya tekanan darah manusia. Peningkatan tekanan darah manusia juga menyebabkan pembuluh darah manusia mengeras. Hal ini juga menyebabkan darah membeku dan tersumbat di dalam salur darah. Seterusnya, penyakit stroke juga terjadi sekiranya seseorang individu itu merupakan seorang perokok. Selain daripada tekanan darah yang meningkat, merokok juga boleh menyebabkan pembuluh darah manusia mengeras dan menyebabkan darah membeku. Dan menyumbang kepada penyakit stroke.
Penyebab penyakit stroke yang seterusnya ialah gaya pemakanan yang tidak sihat. Pengambilan makanan yang berlemak dan tinggi kolestrol juga menyebabkan penyakit stroke. Sebagai contoh adalah daging merah. Pengambilan daging merah menyebabkan dinding pembuluh darah mengeras. Hal ini kerana, daging merah mengandungi lemak yang tinggi. Seterusnya, penyakit stroke juga disebabkan oleh pengambilan alkohol yang berlebihan serta minuman yang bersoda.

diabetes punca stroke
Penyebab penyakit stroke yang seterusnya adalah disebabkan oleh diabetes. Peningkatan berat badan juga bermaksud peningkatan kandungan kolesterol di dalam tubuh. Dan hal ini juga menyebabkan seseorang individu mudah mendapat stroke.
Dalam masa yang sama, penyakit stroke juga turut disebabkan oleh penyakit migrain. Seseorang yang mempunyai penyakit migrain sangat mudah mendapat stroke. Hal ini kerana, pesakit yang mempunyai migrain bermaksud individu tersebut mempunyai masalah terhadap sistem di dalam otak mereka. Dan hal ini menyebabkan kegagalan terhadap fungsi otak.
Demikian sedikit sebanyak perkongsian tentang faktor berlakunya penyakit stroke. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada setiap pembaca untuk menjana kehidupan yang sihat pada masa akan datang.