Petua Hilangkan Batuk

Petua hilangkan batuk

Petua hilangkan batuk

Batuk merupakan satu jenis penyakit yang selalu berlaku tidak kira orang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak. Ketika musim hujan atau panas yang tak menentu kita sering mendengar sana sini ramai yang menghidap batuk. Kebiasaannya batuk ini sering dikaitkan dengan gejala demam, selsema, sakit tekak, ia kerap berlaku berpunca dari kuman dan bakteria di sekeliling kita dan sebagainya.

Apabila batuk kita akan merasa tidak selesa kerana selang beberapa minit atau saat akan batuk…merimaskan betul tak? Kadang-kadang sampai sakit dada, sakit tekak dibuatnya. Batuk ada 2 jenis kategori iaitu batuk berkahak dan batuk kering. Takkan tiap-tiap minggu nak ambil mc kot bagi mereka yang bekerja, kalau duduk dirumah lainlah kan!

Oleh itu hari ni admin ingin berkongsi sedikit petua untuk hilangkan batuk. Berikut ada 6 “petua hilangkan batuk” mungkin ada diantara anda pernah mendengarnya, mari kita lihat apakah tips dan petuanya:

1. Limau

Limau Nipis

Ambil sebiji limau dan belah kepada 2 bahagian dan selepas itu tuangkan madu dalam sudu camca betul-betul penuh sesudu tapi jangan sampai tertumpah pulak. Selepas itu perahkan limau yang dipotong separuh tadi ke dalam sudu yang ada madu tadi sampai habis kering airnya. oh ye..sebelum itu minum sedikit air suam untuk basahkan tekak kemudian minum limau yang dicampur madu tadi sampai licin sudu tersebut. Ha…tak mahu minum air tau, biar madu dan limau tersebut meresap ke dalam kerongkong, nak tau apa sebabnya…kan lebih mujarab kalau buat macam tu. Ulang 2-3 kali sehari, insha allah batuk boleh hilang.

2. Menthol vicks vapor rub

Sapu vicks vapor rub dibahagian dada dan belakang secukup rasa dan selain itu anda boleh juga mengambil kapsul atau gula-gula yang bermenthol untuk melegakan selain melonggarkan rongga dan tekak. Selepas mengambil sedikit bahan bermenthol tadi anda mungkin akan rasa lega sedikit.

3. Halia

Mengunyah atau menghisap air halia mungkin tak selesa bagi mereka  yang tak biasa kerana air halia ni pedas, berangin dan panas. Oleh itu cuba potong sedikit dalam sehiris kecil untuk di hisap atau dikemam dalam mulut.

4. Asam Jawa

Meminum air asam jawa juga salah satu petua hilangkan batuk, ambil sedikit asam jawa dan perah airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam, ambil sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Mudah-mudahan batuk anda akan berkurangan.

5. Berkumur guna anti septik (Colgate anti septik)

Berkumur guna air anti septik, berkumurlah sampai ke dalam kerongkong (anak tekak), ulang 2-3 kali sehari. Menghilangkan dan membasmi kuman dan bakteria dalam mulut dan bahagian saluran dalam rongga dalam kerongkong.

6. Gula-gula

Makan gula-gula menthol yang mengandungi anti septik untuk membasmi kuma di mulut serta melegakan dalam rongga kerongkong anda. Selain itu gula-gula antiseptik juga boleh melancarkan pernafasan yang tersekat disebabkan saluran kerongkong yang bengkak.

Apa yang dikongsi disini admin berharap agar sedikit tips dan petua hilangkan batuk ini dapat membantu anda.