Petua Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Masalah jerawat adalah salah satu permasalahan yang paling penting bagi remaja wanita atau lelaki yang memiliki jerawat muka  Banyak sekali penyebab munculnya jerawat di waktu remaja, salah satunya adalah disebabkan penghasilan hormone di mana pada masa ini jerawat pada wajah meningkat secara mendadak. Walaupun jerawat tergolong dalam kategori tidak berbahaya, tetapi ianya membuatkan kita kurang selesa dan mengurangkan rasa percaya diri serta mengganggu penampilan. Memiliki wajah putih bersih dan menarik serta bebas dari jerawat adalah harapan setiap orang, terutamanya buat kaum wanita. Namun terkadang semua itu lenyap di kala jerawat menghampiri  wajah dan membuatkan  fikiran terganggu disebabkan menghadapi masalah jerawat di wajah atau kawasan lain pada tubuh. Untuk mengatasinya, ramai yang mencari cara bagaimana menghilangkan jerawat secara cepat. Di zaman serba moden ini banyak sekali pengubatan jerawat yang ditawarkan, melalui pengubatan medikal ataupun mengambil ubat menghilangkan jerawat yang belum tentu mujarab  dan mahal. Terdapat alternatif lain untuk mengubati jerawat iaitu dengan cara menghilangkan jerawat secara semulajadi dengan cepat  yang akan dibahas pada artikel kali ini.

Terdapat banyak petua hilangkan jerawat dengan cepat dan salah satunya adalah dengan bawang putih. Sebagai tanaman ubat dan juga rempah, tanaman bawang putih memiliki ciri umum iaitu memiliki tinggi sekitar 60 cm, tumbuhan ini kebanyakan ditanam di daerah pegunungan untuk mendapatkan sinar matahari yang banyak. Batang bawang putih berbentuk seperti pelepah-pelepah daun yang berwarna hijau manakala bahagian bawahnya memiliki banyak pelipat dan jika digabung menjadi umbi besar berwarna putih. Setiap pelipat terbalut dengan kulit nipis dan jika kulit tersebut dihiris, maka bawang putih akan mengeluarkan bau yang menyengat. Daunnya berbentuk pipih memanjang dan bahagian tepinya rata serta hujungnya runcing beralur. Panjangnya 60 cm dan lebar sekitar 1,5 cm, memiliki akar yang serabut, bunganya berwarna putih, bertangkai panjang, dan berbentuk seperti payung. Bawang putih terbukti mengandungi kalsium,saltivine, diallysulvide, alilprofil-disulfida, protein, lemak, zat besi, vitamin A, B1, dan C. Pertama sekali, hiris bawang putih dengan potongan yang kecil lalu ditumbuk sehingga halus. Ratakan tumbukan bawang putih itu ke bahagian jerawat dan tunggu beberapa minit sebelum dibilas dengan menggunakan air suam.

bawang putih hiangkan jerawat

Selain itu, limau nipis juga merupakan salah satu petua hilangkan jerawat dengan cepat yang berkesan. Khasiat limau nipis memang tidak dapat disangkal lagi. Dengan kandungan vitamin B yang terdapat pada limau nipis, ianya memang terbukti boleh mendatangkan kebaikan buat fizikal manusia. Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

petua hilangkan jerawat

Akhir kata, diharap artikel tentang petua hilangkan jerawat dengan cepat ini dapat memberi manfaat buat para pembaca.