Petua Hilangkan Jerawat

Jerawat merupakan masalah yang sering menghantui bukan sahaja orang dewasa bahkan pada remaja yang sedang meningkat usia, apa tak kerana nak jaga penampilan mereka di khalayak ramai, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang dilamun cintan-cintun. Permasalahan jerawat ini sedikit sebanyak mengganggu keyakinan dalam keterampilan mereka.

Oleh yang demikian, admin ingin berkongsi beberapa tips dan petua untuk menghilangkan jerawat, jerawat batu, bekas, jerawat dan jeragat pada muka anda. Antara “petua hilangkan jerawat” yang dimaksudkan ialah:

 

1. Aloe Vera (Lidah Buaya)

Aloe Vera

Aloe Vera

Ambil daun lidah buaya (Aloe vera) yang sudah dipotong dan anda akan lihat lendirnya akan keluar. Sapu lendir itu pada bahagian parut jerawat di muka sehingga sebati dan meresap. Ulang langkah ini 2-3 kali dalam seminggu. Insha Allah parut jerawat akan beransur hilang satu persatu.

2. Timun

Timun

Timun juga boleh digunakan sebagai petua hilangkan jerawat, ambil sebiji timun dan dipotong beberapa hiris dan selebihnya dikisar hingga hampas. Sapu hampas timun tersebut pada bahagian muka dan selepas itu tampal timun yang dipotong tadi pada seluruh bahagian muka yang ada jerawat. Biarkan lebih kurang setengah jam, kemudian basuh sehingga bersih dengan air suam. Ulang amalan tersebut 2-3 kali seminggu.

3. Bedak Sejuk dan Kulit Kayu Manis

Ambil 2-3 kulit kayu manis dan lebih kurang segenggam bedak sejuk. Kemudian tumbuk kulit kayu manis tadi sehingga menjadi serbuk halus, selepas itu campuk serbuk kayu manis. Tambah sedikit air suam dan sapu atau lumurkan campuran tadi pada parut di muka. Petua ini juga boleh hilangkan bintik-bintik hitam jeragat pada muka. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4. Air Basuhan Beras

Sediakan air basuhan beras ketika anda membasuh beras, masukkan air basuhan tersebut dalam bekas kosong. Kemudian basuh seluruh muka sehingga rata. Biarkan dalam setengah jam, selepas itu basuh muka anda dengan air bersih.

5. Kelapa Parut

Ambil sebiji kelapa tua kemudian parut. Masukkan dalam bekas, selepas itu sapu dan tempelkan putih kelapa parut tadi di bahagian muka yang berjerawat sampai rata. Biarkan sehingga kering lebih kurang setengah jam, kemudian basuh atau bilas dengan air bersih. Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu, insha Allah hasinya dapat memuaskan hati anda.

6. Limau Lemon

Ambil sebiji lemon dan potong pada 2 bahagian, sapu dan tenyeh lemon itu pada muka yang ada bekas jerawat. Kemudian biarkan sehingga kering, selepas itu basuh dengan air bersih. Amalkannya berberapa kali seminggu untuk melihat hasilnya.

7. Tomato

Ambil sebiji tomato yang dipotong kemudian lumur di muka yang berjerawat, ulang beberapa kali dalam seminggu.

8. Madu

Ambil sedikit madu lebah asli dalam sesudu dan sapu di bahagian muka yang berjerawat, selepas itu biar kering kemudian basuh dengan air bersih. Ulangkan amalan ini 2-3 kali seminggu. Insha Allah jerawat akan hilang.

Apa yang admin kongsi hari ni, mudah-mudahan Petua hilangkan jerawat ini dapat membantu menyelesaikan masalah jerawat anda.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.