Petua Kuruskan Badan Dan Kempiskan Perut

Anda ingin menjadi kurus?Haa nak tahu petua untuk kurus? Jika ya ialah jawapan anda,tahniah kerana anda berad di tempat yang betul.Apa yang perlu anda buat ialah baca artikel ini sehingga habis dan anda pasti akan mendapat jawapan daripada persoalan-persoalan tersebut.Pada zaman globalisasi ini,terdapat pelbagai produk yang dijual bertujuan untuk menguruskan badan.Namun,adakah produk itu mampu memberi kesan yang baik untuk kurus?Jika anda tidak mahu mencuba produk yang dijual di pasaran atau tidak mampu unyuk memiliki produk-produk tersebut,usah risau,di sini ada jalan penyelesaiannya.Terdapat beberapa petua kuruskan badan dan kempiskan perut yang boleh diamalkan oleh anda.

Amalkan Diet Epal Hijau Untuk Kurus

Pertama sekali,antara petua kuruskan badan dan kempiskan perut ialah dengan mengamalkan diet epal hijau.Diet Dengan hanya mengunyah epal ketika lapar dan minum air kosong sebanyak 8 gelas sehari. Minum air kosong adalah untuk mengelak lapar, tetapi jika terasa ingin mengunyah,kunyahlah epal hijau.Anda boleh membeli epal hijau di Mydin dengan harga berpatutan. Anda juga boleh gantikan dengan buah buahan lain selain epal. Jika anda memerlukan tenaga yang lebih untuk bekerja keras, anda boleh makan ayam rebus atau menghirup sup ayam. Apabila berat sudah mulai turun,anda bolehlah teruskan journey anda. Apa yang anda perlu adalah melatih dan memotivasikan diri anda.Kira Bilangan Kalori Yang Anda Ambil

 

Seterusnya,petua kuruskan badan dan kempiskan perut yang lain ialah makan apa sahaja, kira jumlah kalori yang anda ambil.Ramai juga yang memperkecilkan si calorie-counter, sebenarnya mengira kalori yang anda makanan adalah kunci utama untuk sukses. Biasanya tubuh wanita hanya perlukan 800kcal ke 1200 kcal sehari. Jadi jika anda mahu kurangkan berat badan sudah tentulah anda tidak akan mengambil lebih daripada jumlah tersebut dalam sehari. Tetapi jika saya akan melakukan kerja berat pada hari tersebut dan memerlukan lebih tenaga, anda perlu mengambil calori yang lebih tetapi tidak melebihi 1000kcal.Akhir sekali,petua kuruskan badan dan kempiskan perut yang seterusnya ialah tingkatkan dan kekalkan motivasi. Minda yang aktif dan positif penting untuk kita berjaya kuruskan badan & kempiskan perut. Bacalah pengalaman mereka yang berjaya turunkan berat badan. InshaaAllah kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan ikut jadual pemakanan yang teratur. Kalau orang lain boleh kurus, kenapa tidak kita?

Kesimpulannya,terdapat pelbagai petua kuruskan badan dan kempiskan perut yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian.Syaratnya anda perlu mengamalkannya secara konsisten dan jangan mudah berputus asa.Sekiranya anda tidak mengamalkannya secara konsisten,anda tidak akan nampak kesannya,Diharap artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat kepada anda.Semoga setiap perkara yang anda amalkan beroleh hasil yang baik dan seterusnya berjaya mendapatkan berat badan yang anda impikan.