Petua Merawat Resdung

Pada pandangan masyarakat awam, resdung bererti selalu bersin, gatal hidung, muka, sekitar mata dan telinga. Bahasa mudah untuk menggambarkan masalah resdung ini adalah selsema yang berpanjangan dan menganggu aktiviti seharian pesakitnya tanpa disertai dengan jangkitan atau demam. Secara umumnya, jerawat juga dianggap sebahagaian daripada manifestasi penyakit resdung. Menurut pandangan sains, resdung merujuk kepada dua bahagian diagnosis iaitu Allergic Rhinitis dan Sinusitis. Allergic Rhinitis ialah masalah rongga hidung menjadi terlalu sensitif kepada persekitaran termasuk habuk, debunga dan makanan tertentu yang menyebabkan selsema, kegatalan hidung dan bersin yang berpanjangan. Manakala sinusitis adalah sinus iaitu rongga yang terdapat pada tengkorak muka yang dipenuhi dengan udara dan rembesan untuk tujuan pelembapan. Setiap sinus akan dihubungkan sesama sendiri dan bahagian tekak oleh terowong-terowong kecil bertujuan untuk menyamakan tekanan dan sebagai laluan rembesan. Rembesan yang berlebihan menyebabkan terowong tersumbat, pembesan dijangkiti kuman seterusnya menyebabkan demam, bersin dan sakit kepala.

Petua merawat resdung terlalu banyak dan salah satu yang bakal dibincangkan adalah rawatan perubatan moden. Rawatan perubatan moden memerlukan pesakit mengambil ubat-ubatan anti histamin dalam bentuk semburan (spray) dan juga pil. Sesetengah pesakit diberikan spray yang mengandungi steroids bagi mengurangkan radang dan alahan. Untuk kes yang teruk dan serius, pembedahan membuang lapisan tebal membran hidung perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah resdung daripada berleluasa. Tisu yang dibedah selalunya akan dihantar untuk pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada sel-sel kanser. Walaupun resdung ini tidak merbahaya tetapi ia cukup menyusahkan penghidapnya dimana resdung dan selsema merupakan penyebab utama kepada ketidakhadiran orang dewasa ke tempat kerja serta pengajian manakala bagi kanak-kanak yang ke sekolah.

petua merawat resdung dengan ubat-ubatan anti histamin

Tambahan pula, petua merawat resdung yang seterusnya ialah dengan habbatus sauda. Habbatus sauda atau jintan hitam (black seed) adalah tumbuhan herbal yang dipercayai berasal dari daerah Mediteranian namun dikembangkan di pelbagai belahan dunia termasuk diantaranya Negara Arab Saudi, Afrika Utara, dan sebagian Asia. Tidak seperti besarnya manfaat yang terkandung didalamnya, biji jintan hitam memiliki ukuran kecil dan pendek (panjang antara 1-2 mm), berwarna hitam, berbentuk trigonal, serta memiliki rasa yang kuat dan pedas seperti lada. Biji habbatus sauda mengandungi crystalline nigellon dan arganine yang berfungsi sebagai stabilisator sistem imunisasi tubuh. Selain itu kandungan karotennya mampu melumpuhkan radikal bebas penyebab kanser. Kandungan senyawa-senyawa lain yang terpenting bagi kesehatan tubuh antara lain 15 jenis asid amino, protein, kalsium, sodium, potassium, magnesium, zat besi, omega 3 dan 6, vitamin A, B1, B2, C, E, dan niacin. Zat-zat aktif yang dimilikinya membuatkan habbatus sauda menyembuhkan berbagai penyakit diantaranya penyakit resdung.

petua merawat resdung

Akhir kata, setelah anda membaca artikel petua merawat resdung ini, diharapkan agar kalian mencuba dan mendapatkan hasil yang bagus bagi merawat masalah resdung daripada menjadi semakin teruk.

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI