Produk Jerawat Yang Paling Berkesan

Bercakap tentang jerawat pasti banyak ceritanya. Kadang–kadang jerawat boleh menambahkan stress bagi tuan empunya badan lebih-lebih lagi kepada wanita tak kira remaja mahupun dewasa. Bagi pelajar pula jerawat yang banyak menimbulkan rasa rendah diri dan mengurangkan motivasi untuk ke sekolah. Ada yang mengaitkan jerawat dengan penyakit resdung dan alahan kepada makanan tetapi sebenarnya jerawat terjadi apabila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di ruang muka, dada dan belakang badan. Jika anda sudah buntu untuk mencari jalan untuk mengatasi jerawat lebih-lebih lagi parut yang sememangnya boleh menghilangkan keyakinan diri terutamanya apabila kita perlu menyertai majlis sama ada pertunangan, perkahwinan, pertemuan reunion kawan lama atau apa sahaja, sudah pasti ramai sudah mencuba banyak produk untuk atasi masalah ini. Di pasaran, terdapat banyak produk jerawat yang dijual dan menjanjikan kesan yang terbaik buat kulit wajah.

Di antara produk jerawat yang paling berkesan ialah minyak zaitun. Minyak zaitun mempunyai zat polifeol yang berfungsi sebagai antioksidan. Kandungan inilah yang akan membuatkan kulit tetap lembab. Faktanya, wajah yang lembab akan lebih cepat mengatasi jerawat berbanding wajah yang kering. Meskipun jerawat boleh sembuh pada permukaan kulit kering, ia bakal cenderung meninggalkan bekas luka dan parut. Manfaat minyak zaitun untuk jerawat juga dibantu oleh bahan-bahan antibakterial dimana zat inilah yang bertugas untuk membunuh bakteria yang membuat masalah jerawat menjadi semakin parah. Tentu sahaja sifat minyak zaitun sebagai bahan anti peradangan dapat mencegah kulit daripada mengalami peradangan. Kandungan ini juga penting karena ia juga menghindarkan wajah daripada infeksi jerawat. Apalagi, jika disapu minyak zaitun ke bahagian wajah, pastinya minyak zaitun dapat membuang penyumbat pori-pori wajah, menghilangkan sel-sel kulit mati, dan memperlancarkan peredaran darah.

minyak zaitun atasi jerawat

 

Selain itu, produk jerawat yang paling berkesan seterusnya ialah Vitamin C Shaklee. Tubuh kita memerlukan pengambilan Vitamin C setiap hari kerana sifatnya yang mudah larut di dalam air akan menyebabkan badan kita tidak boleh menyimpan kandungan vitamin C yang cukup. Vitamin C hanya ada dalam sel darah manusia selama 12 jam sahaja dan dalam tempoh itu ianya bekerja dengan sel tubuh untuk meningkatkan tahap imunisasi serta fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain. Vitamin ini diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh dimana kolagen dibina sebagai protein yang penting untuk melindungi saluran darah, tulang rawan dan ligamen. Selain itu, pengambilan Vitamin C yang mencukupi akan membantu menyegerakan proses penyembuhan luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

produk jerawat yang paling berkesan

Oleh itu, walaupun banyak produk jerawat yang paling berkesan di pasaran, anda haruslah bijak memilih produk yang bagus untuk kulit dan tahap keseriusan masalah jerawat yang dialami.