Punca Penyakit Resdung

Penyakit resdung adalah kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Dalam erti kata lain ianya adalah virus yang hidup dibawah lapisan hidung yang mengalirkan darah kotor yang menyebabkan kegatalan kepada kulit muka dan kawasan sekitarnya. Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya yang dipanggil sinus (lendir) kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan. Sinus sebenarnya adalah rongga- rongga didalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sebenarnya, penyakit resdung atau sinusitis ini merupakan suatu penyakit yang sukar diatasi dan dialami oleh ramai orang termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Menurut perubatan moden, sinusitis merupakan keradangan yang berada di lapisan membran yang meliputi kawasan dinding sinus dimana ruang-ruang sinus pula merupakan ruang kosong yang berisi udara dan ianya terletak pada bahagian tengkorak muka. Ruang tersebut diselaputi lendir atau mukus yang mempunyai bukaan yang bersambung dengan kaviti (ruang) hidung serta punca berlakunya keradangan sinus selalunya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ataupun baktera jahat, alergik serta masalah sistem imunisasi badan seseorang.

Terdapat banyak punca penyakit resdung dan salah satunya ialah masalah dengkur yang kronik. Dengkuran adalah bunyi pernafasan yang kuat disebabkan getaran udara yang memasuki saluran pernafasan atas. Secara umumnya ianya hanya bunyi namun ia juga menandakan adanya rintangan pada saluran pernafasan atas yang bermakna rintangan udara untuk melalui saluran ini adalah tinggi. Ketika tidur, otot juga berehat sedikit dan ia menyebabkan saluran udara menjadi kecil dan sempit. Namun jumlah udara yang masuk adalah samada ketika tidur atau jaga. Berdengkur juga boleh menjadi petanda kepada masalah lebih serius seperti apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan atas. Pakar kesihatan tidak pasti mengenai perkara ini namun berdengkur bukanlah perkara yang normal tetapi ia tidak semestinya memerlukan rawatan.

punca penyakit resdung

Selain itu, punca penyakit resdung adalah berpunca daripada masalah jangkitan otak (meningitis). Menurut pakar, lebih kerap didiagnosis kes-kes keradangan meninges, yang disebut dengan istilah “meningitis.” Agen-agen penyakit ini adalah pelbagai mikroorganisma patogen seperti virus, protozoa dan bakteria. Meningitis paling biasa dialami kanak-kanak, remaja serta orang tua. Manifestasi klinikal meningitis disertai dengan kehadiran edema dan keradangan pada selaput otak dan tisu otak bersebelahan serta gangguan peredaran mikro dalam saluran serebrum. Oleh kerana terlalu banyak cecair serebrospina dan penyerapan semula secara perlahan boleh mengganggu tahap normal tekanan intracranial dan edema otak berlaku. Jika anda tidak memulakan rawatan yang betul dan tepat pada masanya untuk meningitis, penyakit ini boleh menyebabkan kematian.

Meningitis penyebab masalah resdung

Diharap para pembaca mendapat informasi yang lengkap tentang punca penyakit resdung melalui artikel ini.

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI