Punca Penyakit Stroke

Penyakit stroke merupakan salah satu dariada penyakit kronik yang sering melanda masyarakat kita pada hari ini. Sesiapa pun tidak mahu diserang penyakit stroke. Namun, ada kalanya, kita tidak mampu untuk mengawal perjalanan bendalir kecil di dalam tubuh kita yang dipanggil darah.

Punca penyakit stroke adalah disebabkan oleh kegagalan darah yang membawa oksigen tiba ke otak. Hal ini kebiasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat . Dan jika hal ini terjadi, maka otak tidak dapat menerima darah daripada beberapa organ tertentu dan ini menyebabkan otak tidak mampu memberi maklumat terhadap organ tersebut. Maka seseorang akan memperoleh lumpuh pada bahagia-bahagian tubuh yang tertentu.

stroke disebabkan oleh pendarahan di dalam otak

Dalam masa yang sama,  punca penyakit stroke  juga  adalah jika terdapat pembentukan plak pada salurah darah arteri. Plak ini adalah pembentukan dari gumpalan kolestrol dan lipid. Di mana kedua-dua bahan ini adalah tidak larut bendalir. Dan sekiranya pembentukan plak ini terjadi, maka saluran arteri akan tersumbat dan darah tidak dapat mengalir ke otak manusia.

Selain itu, penyakit stroke atau angin ahmar ini juga akan menyerang seseorang individu sekiranya terdapat pendarah kecil pada otak atau pada saluran darah di otak. Dan sekiraya hak ini terjadi, darah yang mengalir ke otak tidak dapat membawa oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk otak. Oleh hal yang demikian, otak tidak dapat berfungsi dengan baik.

Punca penyakit stroke   sering dikaitkan dengan mereka yang menghidap tekanan darah tinggi serta yang mempunyai penyakit jantung dan diabetes. Oleh hal yang demikian, setiap individu hendaklah selalu menyemak tekanan darah mereka.

kaum lelaki lebih mudah mendapat stroke di usia muda

Penyakit stroke kebiasaannya akan menyerang individu yang berumur lewat 55 tahun. Namun, hal ini bukanlah menjadi satu kemestian. Sekiranya, seseorang individu tidak menjaga gaya hidup mereka, seawal umur 25 tahun, mereka juga berpotensi untuk mendapat stroke.

Dalam masa yang sama, kebiasannya stroke lebih mudah menyerang lelaki. Namun mengikut kajian, lelaki lebih mudah mendapat stroke ketika di usia muda. Manakala wanita pula lebih senonim mendapat stroke ketika usia tua. Selain itu, stroke juga akan menyerang seseorang individu sekiranya terdapat sejarah stroke dalam susur galur ahli keluarga. Faktor genetik yang diwarisi mungkin membawa kepada kerosakan bentuk pembulur darah atau cacat salur darah.

Punca penyakit stroke juga adalah jika seseorang itu merupakan seorang perokok. Seorang perokok adalah berisiko mendapatkan stroke jenis iskemia, iaitu stroke yang disebabkan oleh salur darah tersumbat. Selain itu, penyakit stroke ini juga disebabkan oleh pengambilan alkohol secara berlebihan. Hal ini kerana, pengambilan alkohol boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Dan hal ini menambahkan lagi risiko untuk mendapat stroke. Namun pengambilan alkohon mengikut kadar yang tertentu dapat mengelakkan penggumpalan platlet di dalam darah.

Demikian serba sedikit perkongsian tentang punca yang menyebabkan penyakit stroke penyerang seseorang individu. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.